Siakap Keli
Harry Maguire
Gambar via Yahoo Sport

Kapten Terbilang, Maguire Mungkin Terlepas “Derby” MU VS MC, Paha Cedera

Maguire bakal terlepas perlawanan Manchester kerana kecederaan di paha

Kapten Manchester United, Harry Maguire dijangka akan terlepas perlawanan penting, derby menentang pasukan jiran satu bandar, Manchester City, esok selepas mengalami kecederaan peha.

Maguire dilaporkan mendapat kecederaan tersebut ketika rehat antarabangsa dimana dia dipanggil beraksi bersama England untuk beraksi dalam Nation League.

Bagaimanapun, dua lagi tonggak, Marcus Rashford dan Anthony Martial dilapor kembali menjalai latihan dan berkemungkinan bersedia untuk aksi berkenaan.

Rashford sebelum ini terlepas perlawanan Liga Europa menentang Real Sociedad dan Sheriff Tiraspol kerana kecederaan otot yang sekaligus menyaksikan namanya digugurkan dari skuad England.

“Maguire cedera ketika ini dan ada sedikit keraguan dengan status. Anthony Martial. Tetapi dia telah berlatih sepanjang minggu bersama kumpulan jadi saya rasa sangat gembira.

”Rashford juga kembali menjalani latihan. Selebihnya hanya kecederaan jangka panjang seperti Axel Tuanzebe dan Brandon Williams,” kata Ten Hag.

Terdahulu, Maguire kehilangan tempat dalam kesebelasan utama MU selepas seringkali melakukan kesilapan yang menyaksikan gawang gol beberapa kali bocor. Manakala gandingan Varane dan Martinez pula dilihat lebih menyerlah, sekaligus menyaksikan pasangan itu menjadi pilihan baharu jurulatih untuk diturunkan.

Bagaimanapun, Maguire terus mendapat sokongan banyak pihak, terutama daripada Ten Hag sendiri.

“Pertama sekali, sudah tentu saya perlu melatihnya, saya perlu menyokongnya dan saya menyokongnya kerana saya percaya kepadanya.

“Dalam tempoh saya bekerja dengannya dalam pra-musim dia sangat bagus, latihan dan perlawanan. Jadi bila dia dikeluarkan ia juga berkaitan dengan pemain pertahanan tengah yang bermain sekarang.

“Walaupun dia tidak berada dalam pasukan, dia berlatih dengan sangat baik dan berkualiti. Anda lihat perjalanan kariernya, hampir 50 penampilan untuk England, untuk Leicester dan Man United. Dia beraksi dengan sangat baik.

“Di bilik persalinan, jurulatih, pemain percaya padanya. Itu yang saya beritahu dia, saya pasti dia boleh buat dan saya yakin dengannya,” Ten Hag akhiri ucapannya.

Sumber: Independent

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka