Siakap Keli
Gambar: Tribratanews Polri/ Tribun Manado

Insiden Rusuhan Di Stadium: PSSI Gantung Liga Utama Indonesia Selama Seminggu

Insiden Rusuhan Di Stadium: PSSI Gantung Liga Utama Indonesia Selama Seminggu

Liga Utama Bola Sepak Indonesia, Liga 1 BRI 2022 digantung selama seminggu selepas insiden rusuhan yang berlaku dalam perlawanan antara Arema FC menentang Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Indonesia.

Memetik laporan Tribun Kaltara, Presiden PT liga Indonesia, PT LIB Akhmad Hadian Lukita berkata keputusan itu dibuat selepas menerima arahan daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, PSSI.

“Keputusan itu diumumkan selepas kami mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI. Perkara ini dilaksanakan bagi menghormati semua pihak sementara menunggu hasil siasatan dari PSSI.

“Kami prihatin dan sangat kesal dengan kejadian yang berlaku. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan berlangsung semalam, Arema FC menerima kunjungan pelawat di Stadium Kanjuruhan yang menyaksikan tuan rumah terpaksa akur di laman sendiri apabila tewas 2-3 kepada Persebaya.

Perkara itu telah mencetuskan insiden rusuhan di stadium berkenaan hingga menyebabkan sebanyak 129 angka kematian dan 180 orang cedera dilaporkan setakat ini, maklum Kompas TV.

Arema FC kini berada pada kedudukan ke-9 liga di atas Persebaya dengan mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan lima kekalahan.

BACA JUGA: JDT Juara Liga Super Kali Kesembilan Berturut-Turut

Sumber: TribunKaltara, KompasTV

BACA : (Video) Viral Gelagat Kucing Jadi Patung Model Baju Ketika ‘Live’, Langsung Tak Berganjak Bikin Terhibur

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?