Hakikat cari kerja zaman sekarang, sememangnya sangat mencabar. Mana tidaknya, cari kerja sekarang ibarat ‘menjual’ atau marketing diri sendiri. Hanya mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran akan diterima bakal majikan.
Hasilnya, ramai anak muda lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sendiri terpaksa menganggur gara-gara persaingan yang sengit untuk memperoleh pekerjaan. Ada yang menganggur bertahun-tahun, hantar berpuluh hatta ratus resume tapi belum dapat rezeki. Ada pula yang terpaksa bekerja dalam bidang yang berbeza dengan kursus dipelajari di universiti. Berbeza dengan zaman dahulu, anak muda pada masa kini perlu lebih bijak mempersiapkan diri sendiri dengan pelbagai kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Dugaan dalam mencari kerja ini turut dihadapi seorang wanita muda bernama Syamira. Berpuluh resume dihantar ke pelbagai syarikat, tapi tiada satu panggilan temuduga pun ‘mengetuk’ peti masuk emelnya.
Tidak berputus asa, Syamira terus membuat carian demi carian dan akhirnya menemui satu jalan penyelesaian – mencari ‘pelaris’ untuk mendapatkan pekerjaan.
Rupanya, pelaris yang dimaksudkan adalah kemahiran-kemahiran profesional serta soft skill untuk bersaing di pasaran kerjaya.
Hasil carian, Syamira mendapat tahu tentang e-Latih, kursus percuma untuk meningkatkan pelbagai kemahiran yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Tanpa membuang masa, Syamira memanfaatkan peluang tersebut untuk tingkatkan nilai diri supaya ‘laris’ di pasaran kerjaya.
Program e-LATiH bantu ‘laris’ dalam alam kerjaya
Cari kerja zaman sekarang ni ibarat marketing diri sendiri agar diambil majikan. Ada yang hadiri kursus profesional untuk cantikkan CV, tapi ia perlukan kos yang tinggi.
Dengan adanya e-LATiH, anda boleh mengakses dan pilih lebih daripada 1000 kursus pembangunan peribadi dan profesional berkaliber antarabangsa secara percuma. Ini terdiri daripada kepimpinan, pemasaran, kewangan, teknologi digital dan banyak lagi.
Program dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) ini adalah bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengembangkan kemahiran dan pengetahuan supaya laris di pasaran kerjaya. Orang ramai juga boleh mengasah kemahiran sedia ada supaya lebih berdaya saing untuk mendapat peluang kenaikan pangkat.
Jadi apa tunggu lagi, jom rebut peluang ‘lariskan’ diri dan tawan hati bakal majikan anda di sini.