Siakap Keli
Gambar: Facebook Shopee Malaysia

Ciri “Withdrawal” Dalam ShopeePay Ditamatkan Bermula 14 Oktober Ini – Shopee

Aplikasi pembelian atau penjualan atas talian, Shopee baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka bakal menamatkan fungsi withdrawal dalam aplikasi ShopeePay bermula 14 Oktober 2022.

Menerusi kenyataan ringkas dalam Help Center,  Shopee Malaysia berkata orang ramai hanya boleh mengakses ciri tersebut sehingga 13 Oktober 2022.

Bagaimanapun, aplikasi e-dagang itu menukar fungsi withdrawal yang terdapat dalam ShopeePay kepada DuitNow untuk transaksi tersebut.

“Fungsi withdrawal dalam aplikasi ShopeePay akan ditamatkan berkuatkuasa 14 Oktober 2022. Pun begitu, fungsi tersebut masih boleh digunakan sehingga 13 Oktober 2022.

“Mulai 14 Oktober 2022, anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun ShopeePay anda dengan menggunakan ciri transfer DuitNow,” kata Shopee.

Shopee Pte Ltd merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan e-dagang. Syarikat tersebut mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2015 oleh syarikat Sea Group atau lebih dikenali sebagai Garena di Singapura.

Sehingga tahun 2021, aplikasi ini telah menjangkau pelbagai pengguna di seluruh Asia Tenggara dan timur serta beberapa negara di Amerika Latin.

Shopee menyediakan sebuah platform kepada pengguna untuk menjual dan membeli pelbagai produk yang turut bersaing dengan aplikasi e-dagang lain, Lazada, Ali Ekpress dan sebagainya.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: Shopee,Wikipedia

BACA JUGA: Boleh Jimat Banyak, Ini ‘Helah’ Nak Dapat Harga Murah Bila ‘Shopping’ Kat Shopee

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?