Siakap Keli
Gambar: Conservative fighters

Elon Musk & Presiden Ukraine Bergaduh Di Twitter Berkenaan Rancangan Damai Di Ukraine

Elon Musk & Presiden Ukraine Bergaduh Di Twitter Berkenaan Rancangan Damai Di Ukraine

Elon Musk telah mencetuskan perbalahan dalam talian dengan presiden Ukraine selepas dia meminta pengguna di Twitter untuk mempertimbangkan ideanya dalam menamatkan peperangan di Rusia.

Dalam satu ciapan Musk, dia telah mencadangkan agar pilihan raya yang diawasi oleh PBB di empat wilayah yang telah dirampas oleh Moscow perlu dilakukan secara satu pungutan suara.

Undian yang dibuat itu telah mendapat kecaman oleh Kyiv dan negara barat. Tindakan itu dikatakan sebagai haram dan paksaan.

“Rusia perlu pergi jika itu kehendak rakyat,” tulis Musk di Twitter.

Ketua Eksekutif Tesla itu juga mencadangkan agar Crimea, salah sebuah wilayah yang ditawan oleh Moscow sejak tahun 2014, diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada negara Rusia.

Dalam ciapan itu, dia turut meminta agar pengguna Twitter untuk mengundi sama ada ya atau tidak bagi ideanya itu.

Ciapan itu telah membuatkan warga Ukraine marah dan presidennya Volodymyr Zelenskiy membalas tinjauan tersebut dengan “poll”nya sendiri.

Pembantu presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak kemudian mencadangkan satu lagi “rancangan keamanan yang lebih baik” di mana Ukraine mengambil semula wilayahnya termasuk Crimea; Rusia tidak menggunakan kuasa tentera dan tidak menggunakan nuklear; serta penjenayah perang perlu menghadapi tribunal antarabangsa.

Pemimpin Eropah lain turut menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan dari Musk itu.

“Wahai Elon Musk, apabila seseorang cuba mencuri roda Tesla anda, ia tidak menjadikan mereka pemilik sah kereta atau roda itu. Walaupun mereka mendakwa kedua-duanya mengundi untuk menyokongnya,” tulis presiden Lithuania, Gitanas Nauseda dalam ciapan balasnya.

Musk yang juga ketua eksekutif SpaceX, dalam maklumbalas ciapannya itu, dia lagi sekali membuat undian “poll” dengan menulis “mari kita cuba begini, penduduk di Donbas dan Crimea harus memutuskan sama ada mereka sebahagian daripada Rusia atau Ukraine.”

Dia berkata bahawa dia tidak peduli sama ada cadangannya itu tidak popular, dan memberitahu bahawa dia mengambil berat nasib berjuta-juta penduduk yang terlibat mungkin akan mati sia-sia untuk hasil yang pada dasarnya sama.

Pada Februari lalu, Musk pernah membantu Ukraine dengan menghantar terminal daripada satelit Starlink SpaceX ke negara itu selepas berlakunya gangguan internet berikutan pencerobohan Rusia.

Sumber: The Guardian

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka