Siakap Keli
Harga minyak ron97 turun 5 sen
Gambar Via Bernama

Harga Minyak RON 97 Turun 5 Sen, Kini RM 3.95 Seliter

Harga Minyak RON97 Turun 5 Sen, Ron95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol RON97 kini turun sebanyak 5 sen iaitu daripada RM 4.00 kepada RM3.95 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh 6 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, kementerian itu juga berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” kata kementerian itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber: MOF Malaysia

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka