Siakap Keli
Kenali Kola Superdeep Borehole
Gambar: iflscience/Rakot13/CC BY-SA 3.0

Kenali “Kola Superdeep Borehole”, Dipercayai Lubang Paling Dalam Pernah Digali Di Dunia

Kenali “Kola Superdeep Borehole”, Dipercayai Lubang Paling Dalam Pernah Digali Di Dunia

Lubang merupakan sebuah ruang kosong yang boleh ditembusi. Sesuatu lubang boleh terbentuk secara semula jadi dan ada juga yang wujud hasil buatan manusia.

Jika ia merupakan sebuah lubang buatan, sejauh manakah manusia mampu menggali yang paling dalam dan adakah ia wujud? Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya wujud satu lubang yang paling dalam pernah digali oleh manusia?

Kola Superdeep Borehole

Kola Superdeep Brohole
Gambar: iflscience

Sewaktu perang dingin, kita dapat menyaksikan pelbagai jenis alatan saintifik, ketenteraan dan teknologi diciptakan oleh Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Pelbagai perkara mengenai ekploitasi pihak Soviet masih kabur daripada pengetahuan umum termasuklah sebuah lubang buatan manusia yang paling dalam pernah digali di Bumi.

Dikenali sebagai Kola Superdeep Borehole, lubang buatan ini terletak di Semenanjung Kola di barat laut Rusia. Ia turut dipanggil sebagai ‘pintu ke neraka’.

Pada dasarnya, lubang itu terdiri daripada pelbagai saluran yang bercabang dari tengah bumi. Antara cabang lubang yang paling dalam disebut sebagai SG-3. Difahamkan, kedalaman lubang berkenaan dianggarkan 12,261 meter jauh ke dalam kerak bumi.

Walaupun ia mempunyai kedalaman yang mengerikan, namun lebar lubang berkenaan tidak jauh beza dengan saiz sebuah pinggan makan.

Untuk menggambarkan kedalaman Kola Superdeep Brohole dari perspektif lain, jika dibandingkan dengan ketinggian Gunung Everest dan Gunung Fuji serta lembah Mariana (jurang terdalam dalam laut) yang mempunyai kedalaman 11,034 meter di bawah paras laut. Ia masih jauh lebih dalam.

Lubang ini merupakan satu projek di bawah kendalian Soviet Union yang bermula sejak 24 Mei 1970 hingga 1992. Bagaimanapun, lubang itu tidak lagi dijalankan sejurus kejatuhan Soviet Union akibat kemelut politik dan kekurangan wang.

Kola Superdeep Brohole
Gambar: iflscience

Menurut BBC Future, penggerudian lubang buatan itu dihentikan ekoran apabila suhu lubang berkenaan mencapai 180 darjah celsius iaitu lebih tinggi daripada apa yang diramalkan.

Sehubungan itu, tapak berkenaan kini telah ditinggalkan terbiar begitu sahaja dan saluran lubang itu telah ditutup.

Dipercayai, lubang itu menyimpan pelbagai hasil kajian berharga mengenai geologi Bumi sejak 1.4 bilion tahun lalu.

Kenali Kola Superdeep Borehole
Gambar: Jochem Kueck

Tambah lagi, saintis turut menemui 14 spesies fosil mikroorganisma di dalam lubang itu dengan pelbagai sumber bumi seperti emas, tembaga dan nikel.

Sebelum ini, seorang saintis membawa turun mikrofon ke dalam lubang berkenaan hanya untuk mendengar suara.

Pada tahun 2008, Rusia memaklumkan bahawa ia merancang untuk memusnahkan lubang berkenaan. Sebahagian pihak turut membuat spekulasi bahawa lubang buatan itu diisi dengan bahan konkrit.

Sumber: iflscience.com

Muhd Iqbal