Siakap Keli
Gambar: AFP

Kesatuan Eropah Wajibkan Semua Telefon Guna Pengecas USB Type C Bermula 2024

Kesatuan Eropah Wajibkan Semua Telefon Guna Pengecas USB Type C Bermula 2024

Parlimen EU pada Selasa telah meluluskan undang-undang baharu yang hanya membenarkan USB-C sebagai pengecas tunggal standard untuk semua telefon pintar, tablet dan kamera baharu bermula tahun 2024. 

Memetik AFP, undang-undang baru yang lulus selepas mendapat 602 sokongan berbanding 13 bantahan, akan memaksa Apple untuk menggugurkan port lightning yang dianggap telah lapuk pada penggunaan iPhone untuk model-model yang akan dijual di rantau itu.

Keputusan itu juga akan memudahkan pengguna di Eropah serta dapat mengurangkan timbunan pengecas usang dan dapat mengurangkan kos kepada pengguna. 

Ketua Persaingan blok, Margrethe Vestager berkata, ia dijangka akan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM921.7 juta setahun dan dapat mengurangkan lebih dari satu ribu tan sisa elektronik EU setiap tahun.  Undang-undang tersebut dijangka akan turut diguna pakai di seluruh dunia.

Menurut AFP, Kesatuan Eropah yang terdiri daripada 27 negara dengan populasi lebih 450 juta penduduk dianggap sebagai kumpulan pengguna terkaya di dunia. Perubahan kawal selia dalam blok tersebut seringkali mengubah set norma industri global yang disebut sebagai Kesan Brussels.

Pencadang kepada idea itu kepada Parlimen Eropah, Alex MEP Malta Agius Saliba berkata, hari ini merupakan hari yang bermakna buat pengguna dan alam sekitar. 

“Selepas lebih sedekad, pengecas tunggal untuk semua peranti elektronik akhirnya akan menjadi kenyataan kepada Eropah dan dengan harapan akan memberikan inspirasi ke seluruh dunia,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Apple, pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas Samsung juga telah menggunakan USB-C sebagai pengecas kepada iPad dan komputer riba mereka. Tapi, mereka menentang undang-undang EU memaksa mengubah penggunaan port Lightning pada Iphone dengan bahawa ia tidak seimbang dan menyekat inovasi. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Sumber: AFP

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.