Siakap Keli
Kredit CMA Country Music

Loretta Lynn, Ikon Muzik “Country” Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun

Loretta Lynn Ikon Muzik “Country” meninggal dunia pada usia 90 tahun

Loretta Lynn, yang merupakan seorang anak pelombong arang batu kemudian menempa nama sebagai penyanyi bergenre “country” dilapor telah meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Keluarga Lynn dalam satu kenyataan berkata bahawa dia telah meninggal dunia pada Selasa di rumahnya di Hurricane Milss, Tennessee.

“Ibu kami yang tersayang, Loretta Lynn meninggal dunia dengan tenang pada pagi ini bersamaan 4 Oktober dalam tidurnya di rumah ladang tercintanya di Hurricane Mills,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan.

Dilahirkan sebagai Loretta Webb di perkampungan pergunungan Appalachian di Butcher Hollow, Kentucky. Dia merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik, dan keluarga itu tinggal di kabin kayu dengan kertas dinding yang diperbuat daripada halaman katalog Sears Roebuck.

Kehidupan awalnya bermula di sekitar lombong arang batu tempat ayahnya bekerja keras. Permulaan yang bersusah payah itu membantu dia meletakkan dirinya sebagai penyanyi wanita paling terkenal menerusi lagu popularnya pada tahun 1970 yang bertajuk “Coal Miner’s Daughter”.

Lagu itu merupakan penghargaan kepada bapanya Melvin Webb, yang telah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru 11 tahun sebelum lagu itu dikeluarkan.

Pada kemuncak kerjayanya, Lynn bersama-sama Dolly Parto dan Tammy Wynette telah menjadi bintang besar dalam muzik “country”. Salah satu lagu popularnya ialah duet bersama Conway Twitty dengan lagu “After The Fire Is Gone” pada 1972.

Buah tangan beliau pada tahun 1970 yang terkenal dengan lagu hit “Coal Miner’s Daughter” telah menjadi tajuk autobiografi beliau pada tahun 1976. Yang kemudiannya telah difilemkan pada 1980 dan pernah memenangi Oscar dengan Sissy Space sebagai peneraju.

Masalah kesihatan telah menjadi tajuk utama berita. Pada usia 85 tahun, dia mengalami strok dan kemudian patah tulang pinggulnya pada musim luruh lapan bulan kemudian.

Dia yang merupakan ibu tunggal sejak 1996 mempunyai empat orang anak, Clara Ernest, kembar Peggy Jean dan Patsy Eileen. Anak sulungnya, Jack Benny telah meninggal dunia akibat lemas pada tahun 1984 pada usia 34 tahun.

Lynn juga mempunyai ramai peminat daripada pelbagai lapisan generasi di seluruh dunia.

Sumber: NBC News

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka