Siakap Keli
Lelaki Terkejut Tengok Pesawat Ringan Terhempas Dalam Rumah
Gambar: NBC News

“Macam Mimpi,” Baru Bangun Tidur, Lelaki Terkejut Tengok Pesawat Ringan Terhempas Dalam Rumah

“Macam Mimpi,” Baru Bangun Tidur, Lelaki Terkejut Tengok Pesawat Ringan Terhempas Dalam Rumah

Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di atas sebuah rumah hingga mengakibatkan tiga terbunuh manakala dua penghuni rumah terselamat dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah malam Sabtu lalu di Duluth, Minnesota, Amerika Syarikat.

Memetik laporan NBC News, pesawat jenis Cessna 172 itu menghentam tingkat dua sebuah kediaman di Hermantown yang terletak kira-kira 25.7 kilometer dari bandar Duluth.

Ketiga-tiga mangsa maut dalam nahas tersebut termasuk juruterbang berusia lingkungan 31 dan 32 tahun, maklum kenyataan daripada pegawai bandar tersebut.

Pengarah Komunikasi Hermantown, Joe Wicklund sewaktu memberitahu NBC News berkata dua orang  yang merupakan pasangan suami isteri dilaporkan terselamat dari nahas itu yang turut berada di tingkat dua.

Berdasarkan video yang didedahkan mendapati bahawa terdapat lubang pada bahagian tengah bumbung rumah tersebut dengan serpihan kapal bertaburan  di sekeliling halaman rumah.

Tiga Terbunuh Pesawat Ringan Terhempas Atas Rumah
Gambar: NBC News

Sementara itu, pegawai di pusat kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Duluth menjelaskan kepada pihak polis Hermantown bahawa mereka percaya kapal tersebut terhempas selepas hilang dari radar sewaktu berada dari 1.6 hingga 2.4 kilometer dari lapangan.

“Ia seperti mimpi. Saya terjaga dari tidur akibat mendengar bunyi hentaman yang kuat. Kami hanya bernasib baik tidak kehilangan nyawa.

“Sewaktu mengambil lampu suluh di sebelah katil, perkara pertama yang saya nampak atap rumah sudah hilang dan tayar kapal terbang di hujung katil kami dan bahagian kapal mula kelihatan, ” kata pemilik rumah berkenaan.

Sehingga kini, kes itu masih dalam siasatan dan punca nahas masih belum dikenal pasti, lapor pegawai Pentabdiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Kediaman itu telah didiami oleh pemiliknya sejak tujuh tahun lalu selepas berpindah dari Worthington, Minnesota.

Sumber: NBC News, Nbc12.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?