Siakap Keli
Waris Abang Tiri Kim Jong Un
Kredit Utusan Malaysia

Polis Cari Waris Abang Tiri Kim Jong Un, Tuntut Barangan Peribadi Mendiang

Polis Cari Waris Abang Tiri Kim Jong Un, Tuntut Barangan Peribadi Mendiang

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang berusaha mengesan waris bagi seorang lelaki warganegara Korea Utara untuk menyerahkan barangan peribadi milik mendiang, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kim Chol berusia 52 tahun merupakan warganegara Korea Utara.

Wan Kamarul memberitahu bahawa lelaki berkenaan sudah meninggal dunia pada dua tahun yang lalu. Kesemua barangan peribadi miliknya masih berada dalam simpanan polis.

“Hebahan ini dibuat bagi mengesan waris mendiang untuk tujuan pemulangan barangan peribadi termasuk wang tunai.

“Waris mendiang boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Anuar Hanim di talian 016-4258222,” kata Wan Kamarul kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau lagi, kesemua barangan itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan Malaysia jika tiada tuntutan dibuat oleh waris mendiang dalam tempoh enam bulan selepas tarikh hebahan ini dibuat.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka