Siakap Keli
lelaki terus beli tilam rm12k
Gambar: Weibo/Mothership

Siap Berdengkur, Lelaki Terus Beli Tilam RM12k Lepas Tertidur Ketika Uji Keselesaan

Siap Berdengkur, Lelaki Terus Beli Tilam RM12k Lepas Tertidur Ketika Uji Keselesaan

Tular di sebuah kedai yang dipercayai kedai tilam apabila seorang lelaki bertindak tidur di atas tilam baru di premis berkenaan di Zheijing semata-mata untuk menguji sebelum membelinya, China, lapor Mothership.

Kejadian itu diketahui selepas video berkenaan dimuatnaik oleh seorang kakitangan kedai tersebut.

Bagi memastikan tilam yang akan dibeli betul dan selesa, lelaki yang berasal dari Zheijing itu baring di atas tilam tersebut sehingga berdengkur.

Difahamkan, lelaki berkenaan tertidur sebaik sahaja kakitangan kedai itu memberikannya selimut dan memadamkan lampu di kawasan berkenaan.

Menurut pekerja di kedai itu, lelaki terbabit bangun keesokannya dan terus membeli tilam pilihan berkenaan.

Siap Berdengkur Lelaki Terus Beli Tilam RM12k
Gambar: Mothership via Weibo

Difahamkan, harga untuk sebuah tilam berkenaan hampir mencecah RM12,400 selepas resit pembelian itu menunjukkan harga tersebut.

Bukan sahaja tilam, lelaki tersebut turut membeli peralatan lain sehingga dia perlu berbelanja sebanyak RM15,326 di kedai itu.

‘Kerja Kosong’ Unik, Tidur Selama 30 Hari Dengan Bayaran RM1,500

Terdahulu, Siakap Keli melaporkan sebuah pekerjaan unik iaitu tidur diberikan bayaran gaji sebanyak RM1,500 selama 30 hari.

Dalam laporan tersebut, pihak Universiti Malaya (UM) menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka yang sanggup menjalankan eskperimen.

Eksperimen ini bertujuan untuk menilai tahap ‘kesihatan’ tidur di bilik dengan pendingin hawa ‘penyongsang’ (inverter) dan bukan ‘penyongsang’ (non-inverter) pada suhu 27 darjah Celsius pada waktu malam.

Sumber: Mothership, Weibo

BACA JUGA: “Payah Terima Hakikat,” Keluar Masuk Hospital Sejak Usia Satu Tahun, Wanita Tabah Jaga Anak Hidap Kanser Limfoma

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?