Siakap Keli
lelaki ajar cara menyanyi seperti imran ajmain
Tangkap layar TikTok

Viral ‘Si Helmet Singer’ Ajar Teknik Nyanyi Cara Imran Ajmain, Ini Respon Imran Sendiri

Lagu balada semestinya menjadi pilihan sekiranya seseorang itu berasa sedih ekoran liriknya berkait dengan perasaan yang dilalui, ditambah pula dengan alunan muzik yang menyedihkan.

Apabila menyebut mengenai penyanyi balada, nama selebriti dari Singapura, Imran Ajmain tidak lagi asing di dunia hiburan ekoran lirik lagunya sering menggambarkan situasi pilu yang dialami seseorang.

Seorang pengguna Tiktok @pijinlahsiot yang terkenal dengan mengajar warganet bagaimana cara untuk menyanyi seperti artis telah menarik perhatian ramai termasuk Imran sendiri susulan kandungan yang dibuat terkait dengannya.

Pemilik akaun itu menggelarkan dirinya sebagai Helmet Singer ekoran dia sering membuat kandungan bersahaja (khususnya berbentuk nyanyian) di atas motor sambil mengenakan  helmet.

Justeru pada kali ini, Helmet Singer memilih Imran Ajmain untuk kandungan vokal seterusnya dan difahamkan, ia merupakan penyanyi Singapura pertama yang ‘ditampilkan’ di laman TikTok miliknya.

Tiga kemahiran digunakan Imran Ajmain

Tangkap layar video Twitter

Dalam video tersebut, Helmet Singer menekankan mengenai kemahiran menyanyi dan penggunaan vokal yang digunakan oleh Imran di dalam lagunya.

Menggunakan ilmu yang dimiliki, Helmet Singer menemukan tiga kemahiran vokal utama yang membuatkan suara Imran menonjol hingga menjadi halwa telinga peminatnya.

“Yang pertama adalah Riffs and Runs, teknik ini Imran jarang sikit pakai tapi untuk beberapa lagu yang ada kita boleh jumpa skills tu seperti lagu Sudah tu Sudah dan Selamat Ulang Tahun Sayang,” katanya dalam video itu.

Tambah Helmet Singer, jenis vokal yang kedua ialah Falsetto di mana ia merupakan peringkat suara yang disukai olehnya – sama juga disebabkan Imran Ajmain menggunakan Falsetto yang luas di dalam lagunya.

Resonance merupakan nyanyian teras yang digunakan Imran kerana resonance yang digunakan sangat mainly,” katanya lagi.

Helmet Singer menekankan setiap jenis vokal yang digunakan oleh Imran dan turut menyanyikan beberapa potongan lagu nyanyiannya sebagai contoh kepada warganet.

@pijinlahsiot

Imran Ajmain’s singing style, who’s next?

♬ original sound – Helmet Singer – Helmet Singer

Imran akui kehebatan Helmet Singer

Gara-gara berjaya membuat suara yang sama seperti penyanyi asal, videonya yang tular di media sosial akhirnya tiba jua ke pengetahuan Imran Ajmain sendiri.

Justeru Imran yang turut mengakui kehebatan si Helmet Singer turut meninggalkan komentar berbaur lucu kepada lelaki tersebut.

“Saya dah tak boleh cari job lah macam ni haha. Hebat bro,” kata Imran dalam komentar tersebut.

Tangkap Layar Tiktok

Dalam pada itu, Imran turut berkongsi video itu di laman Twitter beliau sendiri dan mengulasnya sehingga ramai yang memuji cara nyanyian lelaki itu.

Imran bekata dia kagum dengan si Helmet Singer tersebut kerana tahu dan hafal hampir semua lagu nyanyiannya selama ini.

So this guy on TikTok made content on how to sing like me and I responded. He knows so many of my songs,” ujarnya.

Walaupun sudah mempunyai nama di serata dunia, Imran bagaimanapun dilihat peramah sekiranya nama beliau dipetik oleh orang awam.

Beliau turut memberi respon kepada peminatnya di media sosial dan rajin membalas komen sekiranya peminat bertanya mengenai hal-hal berkaitan nyanyian.

BACA JUGA: Pemuda Ini Ajar Teknik Nyanyi Cara Afgan, ‘Free’ Je Sambil Duduk Tepi Jalan

Sumber: TikTok Pijinlahsiot

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana