Siakap Keli
Gambar: Hindustan Times

Wanita Nekad Kahwinkan Suami Dengan “Ex”, Dapat Tahu Suami Masih Simpan Perasaan

Wanita Nekad Kahwinkan Suami Dengan “Ex”, Dapat Tahu Suami Masih Simpan Perasaan

Seorang wanita di Andhra Pradesh, India dilaporkan nekad mengahwinkan suaminya dengan bekas kekasih lelaki berkenaan selepas mendapat tahu bahawa mereka masih menyimpan rasa cinta.

Wanita itu yang merupakan seorang pencipta kandungan video terkenal, mengahwini suaminya yang berasal dari Kadapa beberapa tahun yang lalu.

Hubungan kedua-dua mereka pada mulanya hanya sebagai sahabat. Kemudian ia membibitkan rasa cinta dan diikuti dengan perkahwinan.

Pasangan itu menjadi popular di platform media sosial dan memperoleh ramai pengikut di YouTube dan Share Chat.

Difahamkan bahawa, terdapat masalah dalam rumah tangga mereka selepas wanita itu melihat suaminya murung.

Ketika itu juga seorang wanita dari Visakhapatnam dilaporkan berpindah ke kawasan perumahan pasangan itu.

Wanita tersebut juga dilaporkan merupakan seorang pencipta kandungan dan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Malangnya, mereka terpaksa berpisah kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan. Sejak itu, hubungan mereka telah terputus dan tidak lagi berhubung.

Apabila bekas kekasih suaminya itu mendengar tentang perkahwinan mereka, dia telah membuat permintaan kepada wanita itu. Bekas kekasih suaminya merayu untuk memberi kebenaran agar dia dan suaminya itu berkahwin.

Bekas kekasih suaminya juga memberitahu kepada wanita itu bahawa dia akan tinggal bersama dalam sebuah rumah yang sama selepas perkahwinan tersebut.

Selepas berfikir, wanita itu bersetuju dengan perkahwinan mereka. Walaupun pada hakikatnya tiada kebenaran undang-undang untuk penyatuan itu. Perkahwinan itu dikatakan telah dilakukan di sebuah kuil tempatan.

Kredit Divya Bharat

Selepas majlis itu, ketiga-tiga mereka turut menangkap gambar bersama. Gambar itu kemudian telah mendapat perhatian netizen di media sosial. Netizen menyuarakan rasa kagum dan takjub mereka kepada perkahwinan itu.

Sumber: Hindustan Times Indian Times 

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka