Siakap Keli
asal usul oyen
Kredit: Rob Shackleford

‘Ada Darah Pahlawan Sejak Zaman Viking’, Asal Usul ‘Oyen’ Ramai Tak Sangka

Rakyat Malaysia lebih gemar untuk membela kucing berbanding dengan haiwan-haiwan lain seperti ikan, arnab dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, gelagat haiwan berbulu ini mampu menceriakan hari-hari kelam setiap hari.

Terdapat pelbagai jenis kucing yang sering dibela oleh rakyat Malaysia seperti kucing siam, kucing ‘stoking’, kucing tompok-tompok, kucing bateri (sebab warnanya hitam macam logo jenama bateri) dan sebagainya. Bagi golongan atasan pula, baka-baka unik eperti American Shorthair, British Shorthair, kucing Parsi dan lain-lain menjadi pilihan.

Sungguh pun begitu, dalam banyak-banyak jenis kucing, ia masih sukar untuk menggugat takhta ‘Oyen‘ dalam hati rakyat Malaysia. Kucing ini sangat dikenali dengan  bulu berwarna jingga yang menawan dan juga, sifatnya yang sangat nakal.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Kadang-kadang, kita juga tertanya-tanya mengapa ‘Oyen’ ini lebih nakal berbanding kucing-kucing lain. Manakan tidak, kucing-kucing ini selalu terlibat ataupun menjadi dalang kepada semua perkara pelik di Malaysia. Ada penjelasan saintifik mengenai kenakalan kucing berwarna jingga ini ke?

Jawapannya, ada! Tahukah anda, kucing ‘makhluk syurga’ bernama Oyen ini memiliki persamaan DNA dengan harimau sebanyak 96 peratus? Patutlah pergerakan kucing ini sangat lincah dan memiliki sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Bukan itu sahaja, ada sejarah yang mengatakan orang-orang Viking pada Zaman Pertengahan sangat menyukai kucing berwarna jingga disebabkan personalitinya yang sangat berani dan garang. Dikatakan bahawa ‘Oyen’ tidak sedikit pun gentar walaupun berdepan dengan risiko kematian.

Gambar hiasan | Kredit: Rob Shackleford

Untuk makluman anda, semua ‘Oyen’ yang wujud di atas muka bumi ini adalah kucing jenis ‘tabby’. Mesti ramai menganggap tabby adalah sejenis baka kucing tetapi jawapan tidak tepat sama sekali.

Tabby sebenarnya kategori corak pada kucing, sama ada yang berjalur atau bertompok. Salah satu tanda terbesar yang dimiliki pada kucing tabby ialah corak ‘M’ pada dahinya.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Di samping itu, dalam satu kawanan ‘Oyen’ (sebagai contoh, 10 ekor dalam satu kawanan), lapan daripadanya adalah jantan dan dua lagi betina. Mungkin sebab inilah kucing berwarna jingga ini nakal semacam.

Akhir sekali, populasi kucing Oyen didominasi dengan spesies jantan, sifat kenakalan dan tidak boleh duduk diam tidak bersandarkan terhadap spesies sahaja. Berdasarkan pengalaman pemilik akaun TikTok (@stepinpetshop.official), Oyen betina pun boleh tahan dalam bab buat hal.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay
@stepinpetshop.official

Pencinta kucing mesti tau kenakalan si OYEN 🧡🧡🧡. Jom tengok fakta tentang mereka! #stepinpetshop #info #educational #pencintakucing #catlover #oyen #foryou

♬ r&b loop – Official Sound Studio

Sumber: @stepinpetshop.official via Tiktok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma