Siakap Keli
Gambar : Bernama

Ahmad Zahid Jumpa 40 ADUN BN Johor Malam Ini

Ahmad Zahid Jumpa 40 ADUN BN Jojor Malam Ini

JOHOR BAHRU, 5 Okt (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu perjumpaan tertutup bersama 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Johor di sini, malam ini.

Perjumpaan tersebut diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Saujana, Jalan Hassan Al-Attas, di sini.

Kenderaan yang membawa Presiden UMNO itu tiba di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada jam 8.16 malam.

Selain Onn Hafiz, pertemuan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Turut kelihatan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Difahamkan kesemua pemimpin utama UMNO Johor serta  40 ADUN BN itu sudah berada di Saujana sejak jam 8 malam tadi dengan agenda utama persiapan jentera pilihan raya negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lepas, BN berjaya memperolehi mandat besar dengan memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi.

Pada PRU14 lepas, daripada 26 kerusi Parlimen di Johor,  PH memenangi 18 kerusi manakala BN lapan kerusi.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka