Westlife, penyanyi pop berkumpulan yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di peringkat antarabangsa dikatakan akan hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert mereka pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Difahamkan, tiket konsert mereka akan mula dijual secara atas talian bermula pada 11 Oktober jam 11 pagi. Walau bagaimanapun, para peminat juga boleh mendapatkan tiket pra-jualan yang akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022, 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.
Dalam pada itu, tiket-tiket konsert tersebut dikhabarkan dijual pada harga bermula daripada RM294 hingga RM884 bagi setiap kategori.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu pop termasuk ‘Beautiful in White’ itu yang sering menjadi lagu tema di majlis-majlis perkahwinan akan mengadakan konsert bertemakan ‘The Wild Dreams Tour’ All The Hits!
Selain ‘Beautiful in White’, lagu-lagu lain yang dipopularkan oleh kumpulan ini juga adalah ‘No Matter What’, ‘Breathless’, ‘Proud of You’ dan banyak lagi. Namun, mereka memulakan karier nyanyian mereka dengan lagu pertama iaitu ‘Swear It Again.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia memandangkan rata-rata membesar dengan mendengar lagu-lagu mereka setiap hari.
Sumber: Didi / Andra, Trumpet International