Siakap Keli
Gambar: The Stomp/Mothership

Tak Tahan Bunyi Bising Burung Jiran, Wanita Nekad Pindah & Jual Rumah

Tak Tahan Bunyi Bising Burung Jiran, Wanita Nekad Pindah & Jual Rumah

Hanya kerana tidak tahan bunyi bising burung peliharaan jiran, seorang wanita berusia 45 tahun dilaporkan telah menjual rumah flatnya, lapor Mothership.

Menurut laporan, burung jenis kakak tua itu sering kali membuat bising pada waktu tengah malam dan awal pagi. Difahamkan, jirannya yang baru sahaja berpindah itu meletakkan burung berkenaan di dalam sangkar dan digantung di koridor.

“Saya telah tinggal di sini selama 13 tahun dengan selesa sehingga setahun lalu saya berasa terganggu,” katanya.

Jelas wanita itu, pemilik burung itu akan bersiul mulai 7 malam, sebagai respon burung itu turut akan berbunyi.

Gambar: Mothership

“Keadaan itu berlarutan sehingga jam 10 malam dan tidak berhenti pada waktu hujung minggu,” katanya.

Dalam pada itu wartawan yang berkunjung ke lokasi berkenaan sempat menemu bual penduduk setempat. Bukan sahaja wanita itu terganggu malah mereka juga sama.

Seorang penduduk berusia 26 tahun berkata dia akan menggunakan penyumbat telinga untuk tidur, tetapi bunyi burung masih kedengaran.

“Saya pernah mengadu kepadanya berhubung bunyi bising. Dia kemudiannya memindahkan sangkar burung itu ke dalam rumah dan keadaan menjadi lebih parah,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan bunyi itu, dia memutuskan untuk menjual asetnya

Sumber: Mothership

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.