Siakap Keli
Proton Stevens Cipher Coupe
Gambar: Car & Classic

Hanya Satu-satunya Di Dunia, Kereta “Rare” Proton Stevens Cipher Coupe Nak Dijual Di UK

Hanya Satu-satunya Di Dunia, Kereta “Rare” Proton Stevens Cipher Coupe Nak Dijual Di UK

Laman lelongan kenderaan di United Kingdom, Car and Classic telah melakukan lelongan pada sebuah kereta sport dua pintu, Stevens Cipher Coupe yang dilihat banyak menggunakan komponen dari Proton era 90’an.

Difahamkan, kereta ini telah dihasilkan oleh sebuah syarikat Stevens Motors Company iaitu syarikat milik Profesor Tony Stevens, seorang jurutera mekanikal dari Amerika Syarikat. Chiper Coupe merupakan prototaip terakhir yang dihasilkan olehnya dipercayai hasil kerjasama bersama Proton. 

Sebelum Prof Stevens menghasilkan prototaip terakhir itu, beliau pernah juga menghasilkan beberapa prototaip Cipher Roadster diantaranya menggunakan sistem mekanikal dari kereta Reliant Kitten dan juga Lada Samara.

Bercakap mengenai Chiper Coupe, seperti yang anda lihat ia dilengkapi dengan banyak bahagian mekanikal dari sebuah model Proton, lebih spesifiknya adalah Proton Satria 1.8-litre 16v Mitsubishi drivetrain. Namun, Stevens merangka logam tiub yang dikimpal oleh rakaanya sendiri bersama badan yang juga rekaan asli Stevens sendiri dihasilkan dari material gentian kaca GRP. 

Dalam pada itu, ia juga digandingkan dengan sistem rangakaian kuasa, mekanikal dan pelbagai komponen luaran dan dalaman yang diambil terus dari kerete Proton tersebut. Kerangka tersebut direka untuk memuatkan enjin 1,797cc 4-cylinder 16-valve DOHC Mitsubishi bersama kotak gear manual lima kelajuan. 

Semua asas mekanikal pada kereta ini disalin terus daripada Proton Satria, yang mana dihasilkan berdasarkan Mitsubishi Colt. Malah, sistem brek dan suspensi juga diambil daripada model Proton ini juga.

Disamping itu, badan yang direka pada Chiper Coupe ini sama dengan bentuk asas sebuah kereta sport dengan bahagian tertentu yang tajam dan tirus.

Lampu bulat berkembar yamg tertanam pula bertujuan untuk mengekalkan ciri aerodinamik pada bahagian muncung, manakala lampu bulat tunggal di belakang dengan pintu hatch yang boleh dibuka sebagai liftback.

Gambar via Car and Calssic

Menariknya, hanya terdapat satu  model Stevens Cipher Coupe yang pernah dihasilkan dengan jarak perjalanan dicatatkan hanya 3,075 km. Kereta ini juga dikatakan masih lagi berada dalam keadaan asli tanpa sebarang ubah suai. Ketika syarikatnya ditutup, Stevens membeli kereta ini untuk memastikan ia sentiasa berada di bawah jagaannya. 

Menurutnya lagi, kereta ini merupakan hasil ciptaannya yang terbaik dan sekiranya ia diteruskan, Chiper Coupe mungkin akan diproduksi di kilang Proton Shah Alam dengan menyasarkan 50,000 unit.

Namun usaha tersebut tidak dapat direalisasikan selepas negara berdepan dengan kegawatan ekonomi dalam tempoh berkenaan.

Gambar via Car and Calssic
Gambar via Car and Calssic

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Car and Classic

Faiz Mustafa