Tak Mampu Beli “Skincare”? Guna 5 Bahan Ini Untuk Hilangkan Jeragat Degil Anda
Tahukah anda bahawa masalah jeragat boleh dikatakan terlalu biasa berlaku pada wanita mahupun lelaki?
Faktor utama yang dikatakan menjadi sebab dalam masalah ini berkemungkinan daripada faktor iklim. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan untuk menghilangkan jeragat di wajah kita.
Hello Doktor ada membuat perkongsian mengenai cara untuk menghilangkan jeragat degil secara tradisional seperti berikut:
Jeragat yang banyak di wajah bukan sahaja boleh menjejaskan tahap kecantikan malah keyakinan diri individu. Tanpa perlu membazirkan wang, masa dan tenaga, kami akan kongsikan cara hilangkan jeragat tradisional yang anda mesti cuba di rumah hari ini juga!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa maksud, punca & kesan jeragat di wajah?
Buat anda yang belum tahu, jeragat adalah antara masalah kulit paling membimbangkan. Kondisi ini akan membuatkan wajah timbul tompok-tompok kecil terutama di dahi, pipi dan hidung.
Sering kali individu keliru tentang kondisi jerawat atau jeragat sedangkan jerawat adalah masalah kulit berkenaan dengan liang pori manakala jeragat pula lebih berkaitan dengan pigmentasi.
Berbeza dengan jerawat, jeragat bukan disebabkan oleh minyak namun faktor risiko yang berikut:
- Genetik
- Hormon
- Produk kosmetik
- Cahaya matahari
- Penuaan
Ciri utama masalah jeragat adalah ia akan menyebabkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal, lantas mengakibatkan isu tona kulit yang kurang sekata.
Jika masalah jeragat dibiarkan tanpa pengambilan sebarang ubatan atau rawatan, maka ada risiko anda menjadikan ia lebih teruk sekali gus menjejaskan aspek kecantikan serta keyakinan diri.
Ia tidak boleh dibiarkan, anda perlu segera lakukan sesuatu dengan petua-petua hilangkan jeragat!
Petua hilangkan jeragat degil cara tradisional!
Kami tidak akan menafikan bahawa langkah terbaik untuk menghapuskan jeragat di wajah adalah dengan pengambilan ubatan atau rawatan klinikal yang telah diperakui oleh pakar dermatologi.
Pun begitu, itu bukan bermakna anda tidak boleh berbuat sebarang cara yang lain sebagai langkah alternatif. Sebenarnya, penggunaan bahan tradisional termasuk lidah buaya telah lama terkenal.
Juga dikenali dengan nama aloe vera, ia memang bagus untuk kulit terutama masalah jeragat. Gel hasil pengekstrakan tumbuhan ini mengandungi komponen aloesin yang memiliki ciri unik serta efektif dalam mengurangkan atau menghilangkan pigmentasi pada kulit.
Selain lidah buaya, ada banyak lagi petua hilangkan jeragat degil cara tradisional seperti di bawah: