Siakap Keli
oyen berak atas penimbang
Tangkap Layar Tiktok

“Takleh Tahan..” Oyen Buat Hal Lagi, Selamba Berak Atas Penimbang

Gelagat kucing sering menghiburkan hati lebih-lebih lagi apabila makhluk berbulu itu berwarna oren atau lebih terkenal digelar oyen, semestinya hari yang suram akan bertukar ceria ekoran tindak tanduknya membuatkan ramai yang berasa geli hati.

Dalam kumpulan Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? bermacam-macam karenah kucing boleh dijumpai ekoran orang ramai suka menyuapkan berita atau berkongsi pengalaman yang dirasai khususnya pemilik kucing berbaka ‘Oyen’.

Namun kali ini dalam segmen oyen buat apa untuk hiburkan warganet membuatkan ramai tidak pelik namun tidak menyangka dia akan berbuat sedemikian.

@drzawanianimalclinic

To hold or to let go…. #cat #vet #kucingtiktok

♬ takleh tahan siol – 🚶🏿

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan menerusi TikTok Dr Zawani Animal Clinic, kelihatan Oyen dengan selamba dilihat sedang membuang hajat di tempat penimbang di sebuah klinik haiwan. 

Dalam video itu, Oyen diletakkan di atas penimbang berkemungkinan untuk menimbang beratnya bagi pemeriksaan kesihatan oleh doktor haiwan.

Namun sebaliknya, Oyen masih Oyen yang kekal dengan sifatnya dan bertindak untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti yang dipaparkan dalam video.

Video tersebut dikongsikan semula oleh warganet dalam kumpulan Facebook Kucing Sepahkan Apa Harini? untuk tatapan golongan pencinta kucing sebagai hiburan menggeletek hati.

Gelagat Oyen mencuit hati warganet dan ramai yang terhibur dengan sifat luar biasanya itu sehingga mereka meninggalkan komen yang lucu di ruangan Facebook.

Tangkap Layar Facebook
Tangkap Layar Facebook

Susulan perangai Oyen yang membuang najis di tempat penimbang, TikTok melabelkan video itu sebagai Sensitive Content disebabkan perbuatannya tidak manis dipandang orang.

Video itu turut mendapat tontonan yang tinggi sebanyak 42,600 tontonan di TikTok dengan kapsyen yang berbunyi ‘To hold or to let go‘.

Sebelum ini, Oyen turut dilaporkan pernah menyamar menjadi kapibara di Zoo Negara namun penyamarannya diketahui orang kerana telinganya yang jelas menunjukkan dia bukan dari spesies itu.

Oyen terlihat duduk bersama kapibara yang dipercayai sedang berlindung daripada terkena hujan namun tindakannya tanpa disedari membuatkan orang ramai terhibur.

Sungguhpun Oyen terkenal dengan sifatnya yang nakal dan mempunyai tabiat di luar jangkaan namun ia hanyalah haiwan yang memiliki ragam untuk menghiburkan hati orang ramai.

Bagi pencinta kucing, tanpa Oyen dunia mereka pasti sunyi sepi.

Sumber: Tiktok @drzawanianimalclinic

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.