Siakap Keli
Kredit The Sun

“Saya Makan Hati & Jantung,” Erling Haaland Dedah Diet Pelik, Rahsia Kekal Cemerlang Di EPL

“Saya Makan Hati & Jantung,” Erling Haaland Dedah Diet Pelik, Rahsia Kekal Cemerlang Di EPL

Penyerang Sensasi Manchester City Erling Haaland, mendedahkan rutin diet pelik yang dilakukannya untuk kekal berstamina dalam sebuah dokumentari, lapor The Sun.

Pemain yang berasal dari Norway itu juga mendedahkan dia hanya minum air melalui sistem penapis yang rumit dan berusaha melihat cahaya matahari sebaik sahaja dia bangun dari tidur.

“Orang lain tidak akan makan ini, tetapi saya sangat mementingkan penjagaan diri saya. Saya berpendapat makan makanan tempatan yang berkualiti adalah sangat penting,” katanya sambil menunjukkan ketulan hati dan jantung.

Kredit The Sun

“Orang kata daging tidak baik untuk kesihatan, tapi daging yang mana? Daging yang anda ambil di kedai makanan segera? Atau lembu tempatan yang makan rumput? Saya makan hati dan jantung,” katanya lagi.

Jantung dan hati adalah makanan yang sangat kaya dengan vitamin B, zat besi, fosforus, copper dan magnesium.

“Saya juga hanya minum air yang ditapis oleh sistem tapisan. Saya rasa ia boleh memberi manfaat yang besar untuk badan saya,” katanya lagi dalam rakaman dokumentari itu.

Kredit The Sun

Dalam lawatannya ke padang latihan City, Erling memberitahu bahawa chef di situ menjadi orang kegemarannya kerana menghidangkan makanan yang dimintanya seperti ham omelet dan keju.

Erling, 22 tahun sebelum ini mengakui bahawa dia suka makan pizza kebab doner. Dia juga mengambil lasagna yang dibuat oleh ayahnya Alfie sebagai sebahagian daripada diet 6,000 kalori seharinya.

Menurut Erase Steenslid, jurulatih Erling dia berkata bahawa Erling sentiasa paling dekat dengan bufet hidangan dan pinggannya akan menggunung dengan makanan.

Alfie yang juga merupakan bekas pemain Man City itu berkata anaknya mendapat inspirasi untuk makan secara sihat apabila melihat bagaimana pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo menjaga diet pemakanannya.

“Dia diberitahu oleh bekas pemain United, Patrice Evra tentang makan tengah hari yang diambil bersama Ronaldo. Katanya Ronaldo hanya memakan ikan sahaja, tidak ada yang lain. Erling kini cuba melakukan perkara yang sama,” kata Alfie Haaland.

Kegemaran Erling terhadap daging disamakan seperti watak Dr Lecter yang dilakonkan oleh Anthony Hopkin’s dalam filem The Silence of The Lambs pada tahun 1991.

Penyerang setinggi 6 kaki 4 inci itu juga dilapor suka melakukan aktiviti mandi ais dan gunakan cermin mata yang menapis cahaya biru untuk memperbaiki tidurnya.

Sumber: The Sun

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka