Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Premis BubbleBee Di Meru Ipoh Dirempuh Kereta, Shuib Luah Rasa Syukur Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku
Pelakon dan pelawak tanah air, Shuib Sepahtu memaklumkan berlaku satu kemalangan di sebuah kedai BubbleBee cawangan Meru di Ipoh sebentar tadi.
Dalam hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya, ia memaparkan sebuah kereta terperosok ke dalam premis berkenaan.

Dalam kejadian itu, Shuib mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
“Kejadian di Outlet BubbleBee Meru Ipoh, tak tahu macam mana boleh jadi, tengah siasat.
“Mungkin pemandu ingat outlet ni drive thru. Tapi, Alhamdulillah semuanya ok, tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” katanya.
Walau bagaimanapun, punca kejadian itu masih lagi belum dapat dikenal pasti.
Sumber: Facebook Shuib Sepahtu
BACA JUGA: Pakar Dakwa Bumi Sedang Menuju Ke Arah Kepupusan Besar-Besaran