Siakap Keli
keranda lalu majlis kahwin
Gambar: tangkap layar video

Keranda Lalu Depan Pengantin Semasa Majlis Kahwin, Tetamu Lari Balik Rumah

Baru-baru ini tular satu video di aplikasi Tiktok tentang keranda jenazah diusung ketika resepsi majlis perkahwinan berlangsung. Insiden itu berlaku di suatu majlis perkahwinan penduduk Desa Jolotundo, wilayah Mojokerto di Jawa Timur.

Difahamkan, keranda itu terpaksa diusung melalui jalan tersebut kerana khemah yang dibina ketika majlis perkahwinan tersebut telah menutup laluan utama jalan kampung.

Dalam rakaman video itu juga, dapat dilihat segelintir penduduk mengiringi keranda tersebut sehingga melepasi khemah. Malah, ketika itu tetamu yang hadir ke majlis tersebut sedang menikmati makanan yang dihidangkan.

Apabila tetamu melihat jenazah tersebut melintasi khemah perkahwinan, mereka bertindak untuk meninggalkan majlis itu, dianggarkan dalam berpuluh-puluh tetamu yang balik lantas menjadikan khemah tersebut dalam keadaan sunyi.

Pengerusi majlis pada hari kejadian yang dikenali sebagai Memed berkata majlis resepsi pengantin bernama Sunaryadi itu sudah lama dirancang. Namun, semasa majlis itu ada seorang jiran mereka meninggal dunia.

Gambar: Istimewa

Malah, pada mulanya pengantin itu menawarkan khidmat bantuan ambulans untuk membawa jenazah ke kubur dan melalui laluan yang lain. Namun, mereka terikat dengan adat kampung iaitu mesti melalui jalan terdekat untuk ke tanah perkuburan.

“Saya sebagai emcee yang telah dijemput oleh Encik Sunaryadi yang merupakan seorang guru Sekolah Rendah Taman Siswa yang telah lama merancang majlisnya bakal berlangsung pada 8 Oktober.

“(Bagaimanapun) dalam kira-kira pukul 11:30 pagi, satu berita mendukacitakan diterima apabila jirannya telah meninggal dunia dan harus melalui laluan khemah untuk ke kubur,” kata Memed.

Difahamkan sebelum keranda masuk ke kawasan khemah, tuan rumah sudah mengumumkan tentang kematian seorang jirannya yang meninggal dunia dan jenazahnya akan diiring melalui khemah tersebut untuk dikebumikan.

Bagaimanapun sejurus selepas mendengar pengumuman itu, tetamu majlis yang hadir terus melarikan diri untuk pulang ke rumah.

Malah, sebagai kepercayaan ‘tolak bala’ pengantin yang diamalkan penduduk di sana, pengantin perlu mengikuti keranda tersebut dari belakang sambil menendang buluh.

“Tambahan pula, ia akan memakan jarak dalam lima hingga enam kilometer jika mereka berniat untuk menggunakan ambulans.

“Ketika itu juga, ada pihak keluarga jenazah dan ketua agama yang hadir. Malah, jika mengikut adat Jetis yang selalu pergi ke tanah perkuburan, tidak boleh pusing atau menggunakan jalan jauh jika ingin menguruskan jenazah,” jelasnya.

@merpati_wedding

#fypシ #kadangkalabahagiakadangkaladuka #fyp #fypシ゚viral #muamojokerto #muataitiktok #tiktok

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

BACA JUGA: Keranda Batu Mesir Purba Berusia 3,000 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Bersih

Sumber: iNewsJatim.id

Florence Nuar