Siakap Keli
Anda Kena Scam, Sila Laporkan Ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

Jadi Mangsa Penipuan Siber? Sila Lapor & Hubungi NSRC, Bantu Sekat Pengeluaran Wang Anda

Anda Kena Scam, Sila Laporkan Ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

Pihak kerajaan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menubuhkan National Scam Response Center (NSRC), iaitu pusat panggilan untuk menangani kes penipuan siber yang dilapor berlaku di negara ini.

NSRC adalah usaha bersama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi-institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi.

Pusat panggilan yang ditubuhkan memfokuskan pada penipuan kewangan dalam talian, termasuk penipuan pancingan data, penipuan Macau, penipuan serangan perisian hasad, penipuan bungkusan dan penipuan cinta.

Jika anda mangsa penipuan siber anda boleh terus menghubungi talian bank masing-masing yang beroperasi 24 jam atau talian NSRC di talian 997 yang beroperasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada setiap hari bagi menyekat pengeluaran wang anda.

 Anda Kena Scam, Sila Laporkan Ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)
Kredit: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Maklumat yang anda perlu berikan

1. Nombor telefon yang menghubungi anda dan cara perhubungan sama ada secara panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dan lain-lain.

2. Masa dan tarikh panggilan diterima.

3. Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.

4. Butiran transaksi seperti masa, tarikh dan amaun transaksi yang dilakukan.

Diharapkan dengan adanya kemudahan talian ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa penipuan siber daripada kehilangan duit simpanan. Namun begitu, orang ramai perlulah peka dan berhati-hati selain tidak mudah diperdaya hingga sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi sehingga boleh menyebabkan kerugian harta benda.

BACA: 65 Kali Ganda Lebih Mahal, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dilelong Dengan Harga RM185 Ribu

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Shafikah