Siakap Keli
majlis persandingan

Plan Nak Pergi Event Pelancaran, Sekali Terkejut Penganjur Selamber Tukar Jadi Majlis Sanding

Haritu Siakap Keli dapat jemputan untuk ke majlis pelancaran drama Ijab Kabut daripada Viu Malaysia. Kalau korang nak tahu, Ijab Kabut ni adalah drama terbaru daripada Viu Originals yang dilancarkan bermula 12 Oktober lepas. Bila jejak je kaki ke lokasi event, disangkakan majlis pelancaran dan sidang media biasa. Rupa-rupanya Viu x Reka Teemor siap buat majlis sanding sebenar dengan pengantin dan artis jemputan lagi!

Dengan hidangan kenduri, pelamin cantik dan hiasan dewan yang mewah, memang grand sangat majlis haritu.

Kalau korang nak tahu, pasangan pengantin tu sebenarnya pasangan bertuah yang terpilih lepas sertai pertandingan #KisahIjabKabutKu anjuran Viu x Reka Teemor.

Lepas dua tahun berkahwin sejak 2020, pasangan bertuah Mohamad Syafiq Khor Bin Mohd Kamal Khor dan Farah Nadhirah Binti Muhammad Khairun akhirnya dapat realisasikan majlis persandingan mereka dengan penuh gilang-gemilang.

Yelah, memori ni bukan untuk sehari tu je tapi untuk dikenang sepanjang hidup. Bermacam persiapan dibuat berbulan-bulan sebelum majlis lagi. Bahkan ada yang bertahun simpan duit untuk realisasikan persandingan idaman mereka.

Disebabkan kekangan sewaktu wabak pandemik, majlis pernikahan mereka diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tambahan lagi, pelbagai ketidakpastian ketika pandemik menyebabkan mereka berdua tidak sempat mengadakan majlis resepsi bersama keluarga secara besar-besaran seperti mereka inginkan.

Rezeki bagi mereka, masih ada pihak yang baik hati sudi menaja perkahwinan grand bernilai RM350k. Beruntung betul!

majlis persandingan

majlis persandingan

Alang-alang tu, korang dah tengok belum drama Ijab Kabut kat Viu?

Drama ni pon salah satu drama yang patut korang tengok juga sebab best sangat. Dua episod romantik komedi ini sudahpun ditayangkan bermula 13 Oktober. Ianya akan diikuti dengan dua lagi episod pada setiap hari Khamis bermula 27 Oktober.

majlis persandingan

majlis persandingan

majlis persandingan

Drama ‘Ijab Kabut’ ni menceritakan tentang Deanna, seorang penerbit muzik yang kompetitif dan berazam untuk mengadakan majlis perkawinan yang gah demi mengatasi sepupunya. Teliti dan licik, dia hampir berjaya mendapatkan majlis yang sempurna, sehinggalah tunangnya memutuskan pertunangan mereka.

Enggan mengaku kalah, Deanna bertekad untuk mencari pengganti dalam tempoh tujuh bulan di samping berdepan segala masalah dalam merancang majlisnya. Khai, perancang perkahwinannya yang mementingkan kesempurnaan, dan Mat, penghantar surat di syarikat rakaman Deanna yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi terkenal juga terjebak sama.

Walaupun pada mulanya cuma tak mahu dilihat sebagai pengantin yang ditinggalkan di atas pelamin, Deanna kini terperangkap dalam sebuah cinta tiga segi yang rumit apabila kedua-dua lelaki itu mula mahu menjadi lebih daripada rakan komplot.

Haa, baca sinopsis pon dah rasa menarik, kan? Mesti ramai tak sabar kan nak tahu macam mana lah pengakhiran cerita ni. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, jangan lupa tonton episod ke-3 dan ke-4 ‘Ijab Kabut’ minggu hadapan. Kalau korang nak tahu lebih lagi tentang drama ni dan juga yang lain, klik je link VIU ni tau. Banyak lagi pengisian yang menarik korang boleh dapat dalam laman web tersebut.

Nor Fakhry