Kematian Kanak-Kanak Di Indonesia Disebabkan Kegagalan Buah Pinggang Meningkat
Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, bilangan kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI) meningkat kepada 133 orang daripada 99 orang sebelum ini.
Menurut CNA, jumlah keseluruhan angka kematian tersebut adalah antara 241 kes yang dilapor melibatkan 22 wilayah dan kebanyakan pesakit terdiri daripada golongan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
Difahamkan, kejadian tersebut berkait rapat dengan kandungan etilena glikol dan dietilena glikol ada dalam beberapa jenis ubat berbentuk sirap. Oleh itu, Indonesia telah mengharamkan untuk sementara waktu penggunaan dan preskripsi semua ubat berasaskan sirap.
Dalam pada itu, mereka juga telah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada pakar iaitu pegawai kesihatan dan pediatrik tempatan bersama-sama wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengawasi kadar peningkatan AKI dalam kalangan kanak-kanak.
Memetik CNA juga, agensi tersebut juga telah menamakan lima produk buatan tempatan yang juga mengandungi paras etilena glikol berlebihan dan telah mengarahkan pengeluar hentikan pengedaran dan musnahkan produk selebihnya.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je
Sumber: CNA