Siakap Keli
AFP

Mahkota Tertangguh, Bagnaia Belum Ditabal Juara Dunia Di Sepang

Mahkota Tertangguh, Bagnaia Belum Ditabal Juara Dunia Di Sepang

Hari ini berlangsung perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia 2022 yang diadakan di litar keramat, Litar Antarabangsa Sepang yang menyaksikan puluhan ribu peminat MotoGP membanjiri Litar Sepang.

Seperti biasa, acara dimulakan dengan perlumbaan Idemitsu Talent Cup kemudian disusuli dengan perlumbaan MotoGP kelas Moto3, Moto2 dan acara kemuncak perlumbaan kelas Premier.

Menjadi tumpuan utama sebelum perlumbaan hari ini adalah penentuan kejuaraan dunia Francesco Bagnaia yang boleh dimahkotakan selepas perlumbaan. Namun, segalanya tertangguh.

Bagnaia telah melakukan tugasnya untuk memenangi perlumbaan di Sepang, tetapi dengan syarat Fabio Quartararo tidak menaiki podium. Bagnaia terpaksa menunggu untuk dimahkotakan di Valencia kerana Quartararo berjaya menduduki tempat ketiga hari ini.

Bagnaia perlu kekal fokus untuk tidak berputih mata di perlumbaan terakhir di GP Valencia dua minggu lagi. Manakala, Quartararo masih mempunyai peluang mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenanginya tahun lalu walaupun peluang itu semakin tipis.

Terima kasih kepada SPOTV yang telah menghadiahkan empat keping tiket MotoGP kepada follower Siakap Keli. Anda boleh muat turun aplikasi SPOTV di Play Store dan App Store serta melanggan SPOTV secara bulanan untuk menonton aksi-aksi sukan terbaik.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)