Siakap Keli
chelsea ronaldo
Gambar: AFP

Chelsea Pertimbang Tetap Mahu Ambil Bintang MU, Ronaldo Januari Depan

Chelsea dilaporkan merancang untuk menandatangani bintang Manchester United (MU), Cristiano Ronaldo pada Januari setelah gagal mendapatkannya pada musim panas sebelum ini, lapor Metro UK.

Difahamkan, Chelsea adalah antara pasukan yang paling terkait dengan Ronaldo yang terdesak untuk meninggalkan United untuk bermain di kelab Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, bos The Blues Thomas Tuchel melarang tindakan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pemilik Todd Boehly yang terdesak untuk membawa nama besar dalam bola sepak dunia itu ke Stamford Bridge.

Setelah berbincang, Chelsea sebaliknya menandatangani dua penyerang besar, Raheem Sterling dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun itu tidak mematahkan semangat Boehly untuk mendapatkan Ronaldo dan difahamkan beliau turut mencuba lagi pada bulan Januari depan apabila sesetengah laluan untuk mengambil pemain baru dibuka semula. 

Semasa kemenangan United 2-0 ke atas Tottenham Spurs pada Rabu lalu, Ronaldo enggan masuk sebagai pemain gantian dan kemudianya meluru keluar dari Old Trafford sebelum wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu pengurus United, Erik Ten Hag dikatakan telah menghukum penyerang sensasi tersebut dengan meletakkannya sebagai pemain gantian semasa menentang Chelsea pada Sabtu kelmarin.

Ten Hag berkata Ronaldo masih kekal menjadi ahli yang terpenting dalam pasukan dan perancangan sepanjang musim ini, tetapi laporan lain menunjukkan bahawa pemain antarabangsa Portugal itu memainkan perlawanan terakhirnya untuk Red Devils.

Ditanya sama ada United merindui Ronaldo selepas penyingkirannya pada Januari yang dipersetujui oleh semua pihak, Ten Hag berkata beliau akan merinduinya.

“Ya sentiasa, dia boleh menjaringkan gol. Dia berharga untuk kami dan kami sangat memerlukannya, itu sangat jelas.

“Saya fikir anda juga boleh melihatnya dalam permainan ini bahawa dia boleh berikan penamat dengan baik, itu agak jelas,” katanya memetik Metro UK.

Boehly juga lebih berharap dengan perpindahan itu memandangkan Tuchel telah diganti dengan Graham Potter yang kini bertanggungjawab walaupun masih belum dapat dilihat sama ada dia berkongsi keinginan yang sama.

Untuk rekod, United kini menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 20 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang Chelsea selepas masing-masing beraksi 11 perlawanan.

Sumber: Metro UK

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana