Siakap Keli
Budak Perempuan Tawan 282 Munros
Gambar: Keluarga Quinn Via CNN

Baru Berumur 10 Tahun, Budak Perempuan Berjaya Tawan 282 Puncak Pergunungan Di Scotland

Baru Berumur 10 Tahun, Budak Perempuan Berjaya Tawan 282 Puncak Pergunungan Di Scotland

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Inverness dilaporkan menjadi antara pendaki termuda yang menawan kesemua 282 puncak pergunungan di Scotland, lapor BBC News.

Difahamkan, Quinn Young memulakan cabaran tersebut bersama ayahnya, Ian sejak dia  berusia empat tahun.

Budak Perempuan Tawan 282 Munros
Gambar: Keluarga Quinn Via CNN

Ketika umurnya melonjak lima tahun, Quinn telah berjaya mendaki puncak Ben Nevis.

“Saya bangga dengan diri sendiri namun berasa sedikit kecewa kerana pengembaraan bersama ayah saya telah berakhir,” katanya kepada BBC News.

Budak Perempuan Tawan 282 Munros
Gambar: Keluarga Quinn Via CNN

Maklumnya, dia bercita-cita untuk menghabiskan cabaran Munros bangging sebelum menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah.

“Ia merupakan satu cabaran besar buat saya kerana ia adalah satu perkara yang saya lakukan bersama ayah sejak berumur empat tahun.

“Kadang-kadang saya terfikir sewaktu cuaca buruk, ‘kenapa kita berada di atas puncak ini? Saya tidak tahu jika saya mampu hinggalah saya berjaya,” katanya.

Budak Perempuan Tawan 282 Munros
Gambar: Keluarga Quinn Via CNN

Tambah Quinn, dalam cabaran pendakian yang dilakukannya, dia membawa sendiri makanan dan beberapa peralatan lain.

Sementara itu, ayahnya Quinn turut menjelaskan bahawa kejayaan anaknya itu bersumberkan sokongan dan galakan daripada orang ramai.

“Dia melakukan semuanya dengan tenang dan tidak pernah mengeluh sewaktu kami keluar walaupun pada musim sejuk,”  katanya.

Walaupun mampu melakukan pendakian dalam pelbagai keadaan, mereka akan berpatah balik sekiranya melibatkan faktor keselamatan.

Bagi yang belum tahu, puncak pergunungan yang turut dipanggil sebagai Munros itu kebiasannya mempunyai ketinggian lebih 3,000 kaki atau 914 meter.

Sumber: BBC News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?