Siakap Keli
Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia
Gambar: Instagram Abby Abadi

Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia

Pelakon terkenal, Abby Abadi memaklumkan bahawa ibunya, Hasnah Abu meninggal dunia hari ini.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abby berkata ibunya pengsan ketika melakukan dialisis dan disahkan meninggal dunia.

“Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap mak saya, masakkan makanan, belikan buah kegemaran mak, teman mak makan, temankan solat dan teman berbual, harini Mak dah takda,” tulisnya di media sosial berkenaan.

“Pada yang kenal dengan mak saya, Puan Hasnah binti Abu dan ingin datang ziarah, insha Allah arwah Mak tersayang sekarang masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialisis dan terus meninggal),” katanya.

Difahamkan, jenazah dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat untuk dimandikan selepas solat Zohor sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam AU4 untuk proses pengebumian.

Sehubungan itu, beliau turut memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar ibunya ditempatkan di syurga terbaik di sisi Nya.

Salam takziah untuk Abby Abadi sekeluarga, semoga Puan Hasnah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

BACA JUGA: Kajian Dapati Secara Purata Rakyat Malaysia Perlu Bekerja 29.2 Hari, Baru Mampu Beli iPhone 14 Pro

Sumber: Instagram mamayebbyyabadi

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.