Siakap Keli
FOTO: SPOTV

Juara Dunia MotoGP: Peluang Tipis Quartararo Mampu Buat Bagnaia Gigit Jari Di Valencia

Juara Dunia MotoGP: Peluang Tipis Quartararo Mampu Buat Bagnaia Gigit Jari Di Valencia

Puluhan ribu peminat MotoGP telah menyaksikan perlumbaan penuh sengit di Litar Antarabangsa Sepang dalam perebutan mahkota Juara Dunia 2022 diantara Francesco Bagnaia dan Fabio Quartararo.

Secara matematiknya, Bagnaia sudah boleh mengalung gelaran juara dunia di Malaysia selepas berjaya memenangi perlumbaan tetapi Quartararo yang menduduki tempat kedua dalam kedudukan semasa kejuaraan dunia jadi penghalang apabila berjaya menaiki podium hujung minggu lalu.

Banyak media bercerita tentang peluang Bagnaia menyambut gelaran juara dunia pertama dalam karier beliau di perlumbaan terakhir di Valencia nanti. Namun, tak ramai yang bercerita tentang peluang tipis tapi masih realistik Quartararo dalam mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lepas.

Litar Ricardo Tormo, Valencia bakal menjadi saksi siapa bakal menjadi juara dunia bagi kelas premier MotoGP. Tugas Bagnaia cukup mudah, hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di kedudukan ke-14.

Manakala, Quartararo wajib memenangi perlumbaan di Valencia dan mengharapkan Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 atau lebih teruk atau gagal menamatkan perlumbaan.

Dengan perbezaan 25 mata antara dua pelumba ini, pastinya perlumbaan di Valencia menjadi perhatian seluruh peminat MotoGP dari seluruh dunia bagi menyaksikan adakah kita bakal menabalkan Raja MotoGP yang baharu atau Raja tahun lepas kekal bertakhta.

Untuk rekod, Bagnaia pernah menjuarai gelaran dunia bagi kelas Moto2 pada tahun 2018 bersama jentera Kalex. Bagnaia yang berusia 25 tahun kelahiran Torino Itali memulakan karier dalam pertandingan European MiniGP 2009 sebelum menyertai Moto3 pada tahun 2013 dan kini mewakili pasukan Ducati dalam memburu gelaran dunia kelas premier yang pertama.

Bagi Fabio Quartaro yang berusia 23 tahun, beliau berasal dari Nice, Perancis dan memulakan karier dalam sukan permotoran seawal usia 4 tahun dengan menyertai Promovelocidad Cup. Beliau mula menyertai Moto3 pada tahun 2015, seterusnya menyertai Moto2 pada tahun 2017 dan kini bersama pasukan Monster Yamaha di kelas premier dan sudah menjuarai gelaran dunia pertama tahun lepas.

SPOTV juga nak bagi topi istimewa MotoGP dengan tandatangan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman. Caranya mudah saja, download aplikasi SPOTVNOW di SINI, screenshot dan kongsikan di ruangan komen. Semoga berjaya dan jangan lupa follow SPOTV di Facebook, Instagram dan Twitter

SPOTV

Sumber: Tarmac Sports Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)