Siakap Keli
Undang Kawan Kenal Dalam FIFA Ke Majlis Perkahwinannya
Gambar: SWNS via Metro UK

Lawan Jadi Kawan, Lelaki Nekad Undang Kawan Kenal Dalam FIFA Ke Majlis Perkahwinannya

Lawan Jadi Kawan, Lelaki Nekad Undang Kawan Kenal Dalam FIFA Ke Majlis Perkahwinannya

Seorang pengantin lelaki telah berkongsikan kisahnya menjemput tiga orang sahabatnya ke majlis perkahwinannya walaupun mereka tidak pernah bersua muka.

Ryan George, 28, dilaporkan menjalinkan ikatan persahabatan dengan Scott Smith, Matt Campbell dan Kesean Sealeye dalam permainan video Fifa ketika berlakunya perintah berkurung.

Memetik laporan Metro UK, mereka sentiasa berhubung melalui permainan video, group chat dan juga panggilan video.

Jadi, ketika Ryan yang berasal dari Cardiff itu merancang majlis perkahwinan bersama isterinya, Alice, beliau memutuskan untuk turut mengundang rakan-rakan atas taliannya itu ke majlis tersebut bagi meraikan hari bahagianya bersama.

Gambar: SWNS via Metro UK

Ryan mula bermain permainan video sejak berumur 11 tahun lagi. Beliau juga berada dalam ranking ke-44 dunia dalam Pro Club di Fifa.

Menurut Ryan, pada awalnya beliau tidak mahu mencari kenalan di dalam permainan video namun ianya berlaku secara tidak sengaja.

“Kami telah membesar dengan permainan ini jadi saya berfikir bahawa kami masih lagi berusia 17 tahun, bermain permainan video yang sama ketika kami di alam remaja,” kata Ryan.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Saya dan rakan-rakan bukanlah jenis yang suka bermain permainan video sepanjang masa, kami juga mempunyai kehidupan di luar dunia Xbox.”

“Tetapi, perkara ini berlaku tanpa disedari dan ia beralih ke group chat dan seterusnya menjadi tempat untuk semua berkongsi masalah dan berkenalan antara satu sama lain.”

“Saya tidak pernah menjangkakan hubungan persahabatan kami berkekalan sehingga kini,” kata Ryan lagi.

Selain itu juga, Ryan turut mengatakan bahawa tindakannya untuk mengundang sahabatnya ke majlis perkahwinan itu merupakan tindakan yang tidak masuk akal.

Hal ini disebabkan oleh Scott dan Matty berasal dari Cambridgeshire manakala Kesean pula berasal dari London.

Gambar: SWNS via Metro UK

Mereka bertiga telah pergi ke Cardiff untuk menghadiri majlis perkahwinan Ryan. Malahan, mereka turut mengambil beberapa gambar bersama-sama.

Walau bagaimanapun, seorang lagi rakannya, Gerard Madden yang berada di Belfast tidak dapat hadir ke majlisnya.

Ryan sentiasa yakin dengan keputusannya dan berkata bahawa beliau tidak pernah ragu dengan sahabatnya dalam kehidupan sebenar.

“Saya masih lagi mempunyai fikiran yang waras,” jelas Ryan.

“Saya tidak akan menjemput mereka tanpa mengenali mereka terlebih dahulu.”

Di samping itu, Ryan percaya bahawa persahabatan secara maya ini merupakan cara terbaik untuk mengenali seseorang dan juga membantu dalam kesihatan mental.

Menurutnya lagi, permainan video merupakan bentuk yang paling mudah sesuai untuk dirinya bersosial.

“Sekiranya anda berasa kesunyian, anda boleh cuba untuk log masuk dan berkenalan dengan beberapa orang di alam maya kerana ia merupakan sebuah platform yang hebat,” kata Ryan.

“Terdapat banyak jenis permainan video yang sangat popular. Cara ini membantu untuk berkenalan dan bersembang dengan orang lain walaupun hanya secara maya.”

“Anda juga akan mendapatkan waktu untuk bersosial selama beberapa jam,” ujar Ryan.

Sementara itu, Scott berkata bahawa beliau tidak akan menolak untuk menghadiri majlis perkahwinan Ryan.

“Ia merupakan satu kenangan yang cukup indah apabila dapat melihat perkahwinan antara Ryan dan Alice. Saya juga berharap agar kami semua dapat berkumpul semula pada masa akan datang,” kata Scott.

Perjumpaan mereka yang seterusnya ialah lawatan ke Belfast pada tahun hadapan untuk menonton konsert rock kumpulan Blink 182.

Scott mengakui bahawa “Saya tidak menyukai Blink 182 namun saya tetap akan pergi untuk bertemu Gerard.”

Sumber: Metro UK

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.