Siakap Keli
Penunggang Maut Dalam Satu Kemalangan
Gambar: Polis Daerah Pontian

Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian

Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian

PONTIAN — Seorang wanita maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 1.2 Jalan Pontian-Kukup pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 10.40 pagi.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Pontian membelok ke simpang kanan jalan.

Ia menyebabkan penunggang tersebut yang datang dari arah Kukup menghala Pontian telah merempuh kenderaan berkenaan di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, penunggang yang merupakan seorang warga tempatan berumur 25 tahun cedera parah pada bahagian kaki dan tangan.

“Mangsa telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu itu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 5 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, lesen pemandu terbabit turut digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama 3 tahun dari tarikh sabitan, sekiranya disabitkan kesalahan.

Justeru, pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengikuti had laju yang dibenarkan sepanjang jalan.

“Kemalangan sebegini boleh dielakkan jika kita peka pada persekitaran dan pastikan pemanduan yang selamat,” katanya.

Sumber: Polis Daerah Pontian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?