Siakap Keli
Elon Musk Rancang Pecat 75% Pekerja
Gambar via LOVEBSCOTT

Elon Musk Didakwa Rancang Pecat 75 Peratus Kakitangan Twitter, Anggap Terlalu Ramai Pekerja

Elon Musk Rancang Pecat 75% Pekerja, Kakitangan Hantar Surat Terbuka Tanda Bantahan

Para pekerja di Syarikat aplikasi media social, Twitter telah menyerahkan surat terbuka membantah rancangan Elon Musk yang didakwa merancang untuk memecat sebanyak 75% pekerja platform media sosial itu.

Surat bantahan tersebut dikatakan beredar beberapa sebelum Musk mengesahkan statusnya sebagai pemilik Twitter.

Memetik TIME, Elon Musk merancang untuk menggantikan atau menghapus hampir 75% kakitangan Twitter, iaitu pengurangan bilangan pekerja daripada 7,500 kepada hanya 2,000, lapor Washington Post. 

Sebelum ini, Musk mendakwa bahawa syarikat media sosial tersebut mempunyai bilangan pekerja yang terlalu ramai dan mempunyai kecenderungan ”strong left-wing bias”

Menurut TIME, mereka telah pun menyemak kandungan surat terbuka yang diedarkan oleh para pekerja Twitter pada Isnin. 

“Rancangan Elon Musk untuk memberhentikan 75% pekerja di Twitter akan menjejaskan keupayaan syarikat  untuk menyampaikan perbualan awam. 

“Tindakan ini disifatkan sebagai terburu-buru serta akan menjejaskan kepercayaan pengguna dan pelanggan terhadap platform tersebut. Dalam masa yang sama, ia merupakan tindakan intimidasi terhadap para pekerja yang telus,” tulis draf pada surat tersebut yang masih lagi belum diterbitkan. 

Surat yang sama juga menuntut aku janji daripada Musk untuk mengekalkan jumlah kakitangan semasa Twitter dan memintanya tidak mendikriminasi mana-mana pekerja yang berbeza fahaman serta ideologi politik dengannya.

”Kami menuntut untuk dilayan secara bermaruah, bukan dilayan sebagai buah catur dalam permainan seorang billionaire,” kata surat itu lagi.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan mereka yang telah menandatangani surat itu masih belum jelas dan ia tidak akan didedahkan kepada umum melainkan mereka berdepan dengan situasi kritikal.

Hari ini, media melaporkan Musk sudahpun menyelesaikan pengambil alihan Twitter yang dianggarkan bernilai USD 44 bilion (RM 207 bilion).

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

Sumber: TIME

Faiz Mustafa