Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Maut Dihempap Jentolak Di Tenom

Syed Faisal Sayed Muhammad
Dihempap Jentolak Di Tenom
Kredit Sinar Harian

Lelaki Maut Dihempap Jentolak Di Tenom

KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, dekat Tenom, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.12 pagi.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tenom bergegas ke lokasi kejadian terletak lapan kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan.

Operasi ditamatkan pada 11.49 pagi.

Sumber: BERNAMA