Siakap Keli
Jam Rolex

Dibeli RM 1,629 Je 50 Tahun Lepas, Lelaki Nak Pitam Dapat Tahu Harga Jam Rolexnya Kini Cecah RM 3.3 Juta

Dibeli RM 1,629 Je 50 Tahun Lepas, Lelaki Nak Pitam Dapat Tahu Harga Jam Rolexnya Kini Cecah RM 3.3 Juta

Seperti yang kita tahu dan sedia maklum, terdapat barangan antik atau barangan lama mampu dijual semula dengan harga yang agak lumayan seperti syiling lama, kamera, jam tangan dan banyak lagi.

Malah, harga barangan tersebut boleh mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit apabila dianggap sebagai barang antik yang ‘rare’. Itulah durian runtuh atau rezeki terpijak yang dimiliki lelaki ini selepas jam tangan antiknya dinilai dalam sebuah rancangan realiti TV antarabangsa.

Dalam rancangan tersebut, Antique Roadshow mengumpulkan barang-barang antik yang mempunyai nilai yang tinggi seperti seorang wanita yang membawa almari sisi Stickley yang dibeli dengan harga RM1,818 pada tahun 1970 kini berharga RM14,000 hingga RM23,000. 

Walau bagaimanapun, terdapat barang antik lain yang lebih mencuri perhatian dan nilai kini betul-betul mengejutkan termasuk pemiliknya.

Seorang lelaki yang merupakan veteran Tentera Udara Amerika Syarikat membawa jam tangan berjenama Rolex. edisi Oyster Paul Newman yang masih belum dipakai sejak dibeli pada tahun 1970-an. 

Difahamkan, jam tersebut dibawa ke rancangan tersebut untuk mengetahui nilai dan pemiliknya itu terkejut setelah mendapat tahu tentang kebenaran itu.

Memetik HODINKEE, semasa lelaki tersebut ditugaskan di Thailand pada tahun 1970, dia melihat juruterbang secara rutin memakai jam tangan jenama Rolex. Oleh itu, dia telah membeli satu jam tangan jenama yang sama dengan harga RM1,629 (nilai matawang waktu itu) pada ketika itu dengan 10% diskaun. 

Menurutnya lagi, gaji sebagai seorang anggota tentera pada ketika itu adalah sekitar RM1400 hingga RM1800 setiap bulan.

Pada awalnya, dia membeli jam tersebut bertujuan untuk dipakai ketika melakukan aktiviti SCUBA. Namun, dia mendakwa bahawa ia terlalu bagus untuk aktiviti tersebut. 

Oleh itu, lelaki itu menyimpan jam tangan itu di dalam peti deposit keselamatan selama beberapa dekad bersama-sama kertas jaminan, resit pembelian dan pembayaran, kotak asal dan juga lapisan luar kotak. 

Menerusi rakaman tersebut yang turut dikongsikan menerusi laman aplikasi Tik Tok, dia kelihatan rebah ke tanah apabila penilai memberitahu kepadanya bahawa jangkaan  harga jam tangan tersebut kini boleh mencecah RM1.8 juta. 

Bukan itu sahaja, menurut penilai itu lagi, jam tersebut juga boleh mencecah RM2.3 juta hingga RM3.3 juta memandangkan ia masih belum dipakai dan lengkap dengan dokumen termasuk pelekat yang berada pada bahagian belakang jam tersebut. 

@sellingcommunity

Man who bought $345 Rolex in the 70’s learns it’s with over $500000#rolex #watches

♬ original sound – SellingCommunity

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: Satu Set Hanya RM9.90 & Boleh Dapat Snack Plate Combo KFC Percuma, Ni Cara Nak Tebus Guna ‘Phone’ Je

Sumber: HODINKEE, Selling Community

Faiz Mustafa