Siakap Keli
Gambar: Unsplash

Doktor Berjaya Keluarkan Tumor Bersaiz Sebiji Buah Kelapa Daripada Leher Pesakit Di India

Doktor Berjaya Keluarkan Tumor Bersaiz Sebiji Buah Kelapa Daripada Leher Pesakit Di India

Doktor di Hospital Sir Ganga Ram, New Delhi dilapor berjaya membuang satu tumor sebesar sebiji buah kelapa dari kelenjar tiroid seorang pesakit dari daerah Begusarai di Bihar, India.

Memetik laporan India Today, pihak hospital menyatakan bahawa pesakit yang merupakan seorang petani itu menghadapi kesukaran bernafas serta menelan makanan sejak enam bulan lalu.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Selepas keadaannya bertambah teruk, dia terus dibawa dari Bihar ke Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher (ENT), Hospital Sir Ganga Ram pada bulan lepas.

Gambar: The Indian Express

Ekoran daripada itu, konsultan pembedahan kepala dan leher, Dr Sangeet Agarwal berkata, “Pada beberapa tahun lalu, saya telah mengendalikan lebih daripada 250 kes tumor tiroid yang besar, tetapi ini adalah kes yang unik dari segi berat dan saiz.”

“Kelenjar tiroid berbentuk rama-rama, yang biasanya mempunyai berat antara 10 hingga 15gm dan bersaiz 3 hingga 4cm, didapati menjadi lebih besar daripada kelapa dengan saiz 8 hingga 20 cm terdapat pada pesakit.” kata Dr Sangeet.

Pelbagai risiko boleh terjadi dalam pembedahan ini dan cabaran terbesarnya adalah untuk menyelamatkan pita suara pesakit.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Walau bagaimanapun, saraf pita suara dua hala pesakit berjaya diselamatkan, lapor India Today.

“Trakea telah dimampatkan kerana teknik khas untuk anesthesia (bius) terpaksa digunakan.” kata Dr Sangeet.

“Dalam jenis tumor besar seperti itu, pemeliharaan kalsium dan mengekalkan kelenjar paratiroid juga adalah cabaran besar.”

“Kami berjaya memelihara empat kelenjar paratiroid dengan jayanya,” katanya.

Dr Sangeet berkata pembedahan berkenaan mengambil masa kira-kira tiga jam.

Sumber: India Today

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.