Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Raja Charles III Cari ‘Pekebun’ Istana, Tawar Gaji Lebih RM200k Setahun

Raja Charles III Cari ‘Pekebun’ Istana, Tawar Gaji Lebih RM200k Setahun

Raja Charless III dilaporkan telah mengiklankan jawatan kosong sebagai pengurus taman di Istana Buckingham dan menawarkan gaji sebanyak £40,000 (RM 218,516) setahun di dalam laman web diraja.

Daily Mail melaporkan, Raja Charles III sedang mencari seseorang yang mempunyai minat berkaitan tumbuh-tumbuhan untuk bekerja di istana selama 39 jam seminggu.

Gambar: The Daily Mash

Iklan di dalam portal diraja tersebut berkata, ‘Sebagai pengurus taman, anda akan bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menjaga Taman Istana Buckingham menjadi sebuah taman yang menarik dan luar biasa.’

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

‘Anda akan berbangga apabila melihat ribuan pengunjung menikmati keindahan di taman istana.’

Selain itu, ia bertujuan untuk menggambarkan peranan sebagai penjaga taman yang akan membuatkan pengunjung berasa kagum di samping bekerja di bawah institusi diraja.

Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan mencecah sehingga £40,000 (RM 218,516) setahun, termasuk penyelenggaraan rumput, penjagaan pokok renek, bunga dan herba.

Selain itu juga, pemohon turut dimaklumkan bahawa mereka akan membentuk masa depan taman-taman diraja, lapor Daily Mail.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

‘Dengan komitmen terhadap hortikultur, anda akan menerajui dan melibatkan diri dalam projek kami untuk memulihara dan meningkatkan kepelbagaian biodiversiti taman kami,’ kata iklan berkenaan.

‘Sekiranya anda berminat dengan tumbuh-tumbuhan, maka kekosongan ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk menyerlahkan kepakaran dalam bidang tanaman.’

Gambar: Unsplash

Sementara itu, Istana Windsor juga turut dilaporkan sedang mencari seorang pengurus taman dan tapak semaian yang berminat dengan tanaman dan manusia serta menawarkan gaji sebanyak £38,000 (RM207,935) setahun.

Dalam iklan tersebut, ia mengatakan ‘Sebagai pengurus taman, anda akan bertanggungjawab untuk penyelenggaraan dan penjagaan taman dan kawasan Istana Windsor serta pengurusan tapak semaian.’

Tugas berkenaan termasuk menjaga Moat Garden dan koleksi bersejarah tumbuhan di dalam dan luar istana serta tanaman komersial untuk pengeluaran di Windsor Farm Shop.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

‘Dengan komitmen terhadap hortikultur, anda juga akan memberi tumpuan untuk menyampaikan Pelan Pemuliharaan Taman kami serta menerajui projek untuk memulihara dan meningkatkan kepelbagaian biodiversiti taman kami,’ tulis kenyataan dalam iklan itu.

Kedua-dua iklan permohonan ini akan ditutup pada 3 November.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.