Siakap Keli
Kredit AFP News

Tak Bersetuju Dengan Tindakan Putin, Bilionair Rusia Nekad Lepaskan Status Kerakyatan

Tak Bersetuju Dengan Tindakan Putin, Bilionair Rusia Nekad Lepaskan Status Kerakyatan

Seorang jutawan dan usahawan Rusia, Oleg Tinkov pada hari Isnin telah melepaskan kerakyatan Rusia miliknya berikutan konflik yang berlaku antara negaranya dan Ukraine, lapor AFP.

“Saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan kerakyatan Rusia saya. Saya tidak boleh dan tidak mahu dikaitkan dengan negara yang fasis, yang memulakan perang dengan negara jirannya dan membunuh orang yang tidak bersalah setiap hari,” kata Tinkov.

“Saya harap lebih ramai ahli perniagaan Rusia mengikuti jejak saya, supaya ia dapat melemahkan rejim Putin (Presiden Vladimir) dan ekonominya, dan pada akhirnya menyebabkan dia kalah dalam perang itu,” tulisnya di Instagram miliknya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Beliau juga dilihat berkongsi gambar sekeping sijil yang mengesahkan perlucutannya sebagai seorang warganegara Rusia.

“Saya bencikan Rusia milik Putin yang sekarang, tetapi sayangkan semua warganya yang menentang peperangan gila ini,” kata Tinkov lagi.

Bilionair berkenaan merupakan seorang taikun yang bermula dari bawah dan terkenal di Rusia. Beliau merupakan pengasas kepada bank atas talian yang dikenali sebagai Tinkoff Bank.

Bank itu dikatakan sebagai salah satu bank pemberi pinjaman terbesar di Rusia, di belakang syarikat perbankan gergasi negara seperti Sberbank dan VTB. Tinkoff dianggarkan mempunyai kira-kira 20 juta pada hari ini.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Tinkov dikatakan telah mengkiritik sekeras-kerasnya serangan Rusia ke atas Ukraine dan menyifatkannya sebagai “perang gila”. Beliau juga menyeru campur tangan Barat untuk menamatkan “pembunuhan beramai-ramai” tersebut.

Beliau juga telah menjadi sasaran sekatan British berikutan kuatkuasa sejurus konflik itu bermula pada akhir Februari lalu.

Pada sebelum ini, Tinkov telah ditahan di London pada 2020 atas tuduhan mengelak daripada membayar cukai di Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan mendapatkan rawatan leukemia di London.

Pada 2020 beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tinkoff dan bank itu juga telah menjauhkan diri daripada komen anti-menyinggung perasaannya.

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.