Siakap Keli
Tumbuk Budak 8 Tahun
Kredit BERNAMA

Cikgu Tuisyen Dihukum Penjara, Tumbuk Budak 8 Tahun Sebab Salah Jawab Soalan

Cikgu Tuisyen Dihukum Penjara, Tumbuk Budak 8 Tahun Sebab Salah Jawab Soalan

Seorang tutor yang menumbuk dan menjentik lengan seorang pelajarnya yang berusia lapan tahun dijatuhi hukuman penjara selama empat hari pada hari ini, lapor CNA.

Tutor seorang lelaki berusia 57 tahun itu telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan kes yang telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa di bawah umur 14 tahun.

Perintah mahkamah juga telah dikeluarkan bagi menghalang sebarang maklumat peribadi berkenaan identiti mangsa didedahkan.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Sewaktu perbicaraan mahkamah didengarkan, bapa mangsa memberitahu bahawa dia telah mengupah tutor tersebut untuk mengajar anak perempuannya dalam mata pelajaran matematik. Sesi pembelajaran mangsa bersama tutor berkenaan dikatakan bermula pada awal Januari lalu.

Bapa mangsa dikatakan menemui nama pesalah di dalam sebuah laman web milik pusat tuisyen di mana tempat pesalah berkenaan mengajar pada sebelum ini. Sesi mengajar bersama tutor itu dikatakan diadakan sebanyak dua kali seminggu.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Kejadian itu berlaku pada pagi 18 Mac lalu, di mana tutor itu bersendirian bersama mangsa di dalam bilik mengajar dengan pintu ditutup. Tutor itu mulai memarahi mangsa apabila dia memberikan jawapan yang salah kepada soalan yang diberikan.

Pesalah telah bertindak menjentik di bawah lengan mangsa sebanyak tiga kali. Pesalah juga didakwa menumbuk lengan kiri mangsa sebanyak dua kali.

Perbuatan itu berjaya dirakam oleh kamera pengawasan yang diletakkan dalam bilik belajar berkenaan. Pada keesokan harinya mangsa telah memberitahu bapanya berkenaan perbuatan tutor tersebut dan juga mengadu bahawa dia merasa sakit di lengannya. Namun bapa mangsa beranggapan anaknya itu terlalu dramatik.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Pada 22 Mac, mangsa menjalani satu lagi pembelajaran bersama pesalah dalam bilik belajar tersebut. Tutor itu sekali lagi hilang sabar apabila mangsa memberikan jawapan yang salah dalam pertanyaan yang diberikan kepadanya.

Pesalah kemudian telah memarahi dan menjentik bawah lengan mangsa dengan jarinya. Selain itu, pesalah juga mengetuk kepala mangsa sebanyak empat kali dengan buku lima jarinya.

Pesalah juga telah menumbuk lengan mangsa sebanyak dua kali dan memegang lehernya lalu menolaknya ke bawah. Perbuatan itu telah menyebabkan mangsa berasa sakit dan menangis.

Bapa mangsa yang berada di rumah telah mendengar tutor tersebut meninggikan suaranya kepada anak perempuannya. Bapa mangsa seterusnya memeriksa kamera CCTV dan melihat perbuatan tutor berkenaan.

Bapa mangsa telah berhadapan dengan tutor dan memintanya untuk pergi dari rumahnya. Dia kemudian telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Mahkamah telah membenarkan penangguhan hukuman kepada tutor berkenaan kepada 7 November ini.

Sumber: CNA News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.