“Huruf ü Perlu Muncungkan Mulut,” Ketahui Cara Betul Sebut Nama “Player” Jerman
Seperti yang kita sedia maklum, Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ia secara tidak langsung menjadi pentas yang terbaik untuk pemain ternama dalam membantu negara masing-masing menjadi pasukan terbaik di dunia dalam Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali.
Bercakap soal pemain, masih ramai lagi yang kurang tahu bagaimana untuk menyebut nama bintang bola sepak dengan tepat dan betul.
Menerusi hantaran video di platform aplikasi Tiktok, pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri telah berkongsi satu video mengenai cara untuk menyebut nama pemain bola Jerman dengan betul.
Dalam video tersebut, Kevin Zahri berkata “Sempena dengan World Cup di Qatar pada bulan ini and of course saya penyokong Jerman, let’s go through cara sebut pemain Jerman dengan betul. Ayuh!”
Manuel Neuer (Ma-nu-el Neu-er)

Ramai yang sebenarnya tersalah sebut nama penjaga gol Manuel Peter Neuer yang bermain untuk kelab FC Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman
Kevin mengatakan bahawa kebiasaanya di Jerman, mereka akan menyebut betul-betul perkataan yang ditulis iaitu Ma-nu-el Neu-er.
Thomas Müller (Thomas Mül-ler)

Thomas Müller ialah pemain bola sepak dalam pasukan FC Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman sebagai pemain tengah serta penyerang.
Menurut Kevin, untuk menyebutnya, Thomas disebut sebagai Tho-mas, manakala Müller pula, sebutan pada huruf “ü” perlu muncungkan sedikit mulut ke depan seperti Thomas Mül-ler.
Kai Havertz (Kai Ha-ver-tz)

Pemain profesional Jerman yang lahir pada 11 Jun 1999 ini bermain sebagai midfielder untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Jerman.
Perkataan Havertz disebut Ha-ver-tz. Huruf “z” disebut agak ganas sedikit.
Selain itu, Kevin menjelaskan bahawa ketika berada di Jerman, namanya tidak disebut sebagai Kevin “Zahri” tetapi Kevin “Tza-ri”.
Toni Kroos

Toni Kroos bermain di posisi midfielder untuk pasukan kelab Sepanyol, Real Madrid dan skuad kebangsaan Jerman.
Menerusi video tersebut, huruf “r” pada perkataan Kroos disebut dengan agak kasar sedikit, jelas Kevin.
Jamal Musiala (der Jamal der Mu-si-a-la)

Jamal Musiala ialah pemain profesional untuk kelab FC Bayern Munich dan skuad kebangsaan Jerman sebagai pemain tengah.
Menurut Kevin, nama Jamal Musiala bukanlah dari nama asli Jerman, namun rakyat di Jerman akan menyebutnya sebagai der Jamal der Mu-si-a-la.
Timo Werner (Ti-mo Wer-ner)

Pemain profesional kelahiran Stuttgart ini bermain sebagai pemain tengah untuk kelab RB Leipzig dalam Bundesliga dan pasukan kebangsaan Jerman.
Cara betul untuk sebut nama pemain kebangsaan Jerman ini adalah Ti-mo Wer-ner.
Antiono Rüdiger (Antiono Rü-di-ger)

Antiono Rüdiger merupakan pemain pertahanan untuk kelab Real Madrid dalam La Liga dan juga pemain kebangsaan untuk negara Jerman.
Dalam video tersebut, Kevin mengatakan bahawa sebutan Rüdiger sama seperti Thomas Müller iaitu Antiono Rü-di-ger.
Joshua Kimmich (Jo-shu-a Kim-mich)

Joshua Kimmich ialah pemain pertahanan dan midfielder untuk kelab Bayern Munich dalan Bundesliga dan skuad kebangsaan Jerman.
Nama pemain profesional dari Jerman ini disebut Jo-shu-a Kim-mich. Kevin menjelaskan sebutan huruf “ch” seakan-akan bunyi kucing “chhhhhhh.”
Nico Schlotterbeck (Nico Schlot-ter-beck)

Nico Schlotterbeck bermain dalam kelab Borussia Dortmund dan juga pasukan kebangsaan Jerman sebagai pemain pertahanan.
Cara untuk menyebut Nico Schlotterbeck yang betul ialah Nico Schlot-ter-beck.
Florian Wirtz (Flo-ri-an Wi-r-tz)

Pemain muda Florian Richard Wirtz merupakan pemain posisi midfielder untuk kelab Bayer Leverkusen dan skuad kebangsaan Jerman.
Sebutan nama pemain ini disebut sebagai Flo-ri-an Wi-r-tz.
Dalam pada itu, Kevin turut menjelaskan sebutan kelab Jerman yang betul seperti RB Leipzig (Leib-zig), Bayern Munich (Mün-chen), Deutsche Nationalmannschaft dan sebagainya.
Pada akhir video berkenaan, Kevin juga berkata “Let me know dalam ruang komen which team that you support, especially if you are a fan of the Deutsche Nationalmannschaft or if you want me to do anything else in German untuk membantu anda dari segi pembelajaran.”
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:
@kevinzahri Anda penyokong pasukan mana? #worldcup #worldcup2022 #diemannschaft #deutschlernen #belajarjerman #qatar2022 #bolasepak #football
Sumber: TikTok @kevinzahri