Siakap Keli
Kredit India Today

Luar Biasa, Wanita Dilapor Selamat Lahirkan Anak Dalam Keadaan Koma

Luar Biasa, Wanita Dilapor Selamat Lahirkan Anak Dalam Keadaan Koma

Seorang wanita di utara India, Uttar Pradesh selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat walau berada dalam koma selama tujuh bulan, lapor Independent.

Difahamkan bahawa, wanita tersebut baru sahaja 40 hari hamil sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cedera parah.

Menurut laporan, kemalangan itu berlaku disebabkan oleh burqa yang dipakainya tersangkut di tayar motosikal yang dinaiki bersama suaminya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Motosikal itu kemudiannya telah terbabas dan wanita tersebut dilapor mengalami kecederaan serius di kepala kerana tidak memakai topi keledar.

Kejadian itu juga telah menyebabkan mangsa perlu menjalani lima pembedahan saraf berbeza di hospital Institut Sains Perubahan All India (AIIMS) di Bulandshahr.

Mangsa juga dikatakan menggunakan alat bantuan pernafasan dan terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan sebahagian daripada tengkorak kepalanya untuk mengelakkan menerima tekanan kepada otaknya.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Doktor berdepan dengan keadaan yang sukar sama ada mahu membuang bayi di dalam kandungan mangsa ataupun tidak.

Selepas ultrasound dijalankan, kehamilan wanita itu dikatakan normal dan doktor mengesyorkan kepada keluarganya untuk meneruskan kehamilan berkenaan.

Menurut doktor lagi, wanita itu hanya mempunyai peluang antara 10 hingga 15 peratus sahaja untuk bangun dari koma. Namun wanita berusia 23 tahun itu akhirnya berjaya melahirkan seorang bayi wanita yang sihat pada 22 Oktober lalu.

“Kes ini sangat luar biasa. Saya tidak pernah menemui kes sedemikian sepanjang kerjaya saya sebagai seorang pakar neurologi selama 22 tahun di AIIMS,” kata Dr Deepak Gupta seorang pakar bedah.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sudah tidak menggunakan bantuan sokongan pernafasan,” kata Dr Deepak lagi.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Sumber: Independent

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.