PRU 15: GTA ‘Hantar’ Lando Zawawi Di Tanjung Karang
Pelakon dan Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi sah bakal bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di bawah tiket parti Gerakan Tanah Air (GTA).
Menurut Sinar Harian, Lando Zawawi telah dicalonkan untuk merebut kerusi Parlimen di Tanjung Karang.
Selain Lando, beberapa nama calon lain dari GTA telah mendapat perhatian ramai apabila parti tersebut menamakan beberapa nama besar dari kalangan selebriti tanah air.
Antara yang mendapat perhatian adalah Datuk Seri Eizlan Yusof yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dicalonkan bagi merebut kerusi Parlimen di Sabak Bernam.
Selain dari itu, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal pula dikatakan dinamakan sebagai calon untuk kerusi di Port Dickson.
#PRU15 : GTA namakan dua pelakon iaitu Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Eizlan Yusof masing-masing di kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam.#AndaPenentu pic.twitter.com/RCqWP8lpzI
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 2, 2022
Sebanyak 121 calon Parlimen telah dikemukakan oleh GTA yang bertanding menggunakan nama Pejuang. Pun begitu, beberpa kerusi lain dilaporkan masih lagi dalam rundingan.
Sumber: BERNAMA, Sinar Harian