Siakap Keli
Omicron XBB dikesan di Sarawak
Gambar: Bernama

COVID-19: Dua Kes Omicron XBB Dikesan Di Sarawak

COVID-19: Dua kes Omicron XBB dikesan di Sarawak

KUCHING, 3 Nov (Bernama) — Dua kes COVID-19 subvarian Omicron XBB telah dikesan melibatkan seorang pengembara yang memegang pasport Amerika Syarikat dan seorang individu yang baru pulang mengerjakan umrah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak Prof Dr David Perera kepada beliau hari ini.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

“Mereka dikesan daripada sampel kes positif yang dikumpulkan pada awal bulan lepas. Institut berkenaan melakukan penjujukan ke atas sekumpulan sampel lain yang dikumpulkan pada bulan sama dan dijangka mengesan lebih banyak kes,” katanya dalam kenyataan di sini.

Uggah berkata mengikut laporan Dr Perera,varian itu berkemungkinan menular sejak awal bulan lepas.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Institut ini telah mengesan varian SARS-CoV-2 yang merebak di negeri ini sebagai sebahagian daripada program pengawasan di peringkat nasional,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.