Siakap Keli
Gambar: CTV News

Tabiat Korek Hidung Mampu Tingkatkan Risiko Nyanyuk – Kajian

Tabiat Korek Hidung Mampu Tingkatkan Risiko Nyanyuk – Kajian

Perbuatan mengorek hidung ini boleh dikatakan hampir setiap orang pernah melakukannya. Malahan, ada yang menjadikan ia sebagai tabiat.

Namun begitu, menurut satu kajian, tabiat ini boleh menyebabkan anda berisiko untuk mendapat alzheimer dan demensia atau bahasa mudahnya ialah nyanyuk.

Pasukan penyelidik dari Universiti Griffith, Australia, mendapati bahawa bakteria boleh bergerak melalui saraf olfactory di hidung hingga ke otak melalui satu kajian menggunakan seekor tikus.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Hal ini bertujuan untuk menunjukkan punca bagaimana penyakit alzheimer boleh berlaku.

Di samping itu, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports ini juga bertujuan untuk memerhatikan bakteria Chlamydia pneumoniae.

Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan radang paru-paru, lapor NDTV.

Tambahan pula, ia juga telah ditemui dalam kebanyakan otak manusia yang terjejas disebabkan oleh demensia.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Menurut kajian ini, bakteria tersebut telah menggunakan saraf yang memanjang antara rongga hidung dan otak sebagai laluannya untuk menyerang sistem saraf pusat.

Kemudian, sel-sel di dalam otak akan memberi tindak balas dengan mendepositkan protein beta amiloid, iaitu ciri khas penyakit Alzheimer.

Memetik laporan NDTV, kajian ini dijalankan ke atas seekor tikus.

“Kami melihat ini berlaku dalam model tikus yang dikaji, dan hasilnya berpotensi untuk menakutkan manusia,” ujar Profesor James St John, Ketua Pusat Clem Jones untuk Neurobiologi dan Penyelidikan Sel Stem.

Selain daripada itu, pasukan penyelidik turut menambah bahawa saraf olfactory terdedah kepada udara dan menawarkan laluan yang pendek ke otak.

Ia merupakan laluan yang mudah untuk virus dan bakteria tersebut untuk masuk ke dalam otak.

Dalam fasa penyelidikan yang seterusnya, mereka akan membuktikan bahawa laluan yang sama juga wujud pada manusia.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Kami perlu melakukan kajian ini pada manusia dan mengesahkan sama ada laluan yang sama beroperasi dengan cara yang sama atau sebaliknya.”

“Penyelidikan ini telah dicadangkan oleh ramai orang, namun masih belum selesai,” jelas Profesor St John.

“Mengorek hidung dan mencabut bulu dari hidung bukanlah idea yang baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Profesor tersebut menambah bahawa jika seseorang merosakkan lapisan hidung mereka, maka risiko bakteria untuk naik ke dalam otak boleh meningkat.

Pasukan penyelidik menyatakan bahawa kehilangan bau boleh dianggap sebagai tanda awal Alzheimer.

Ekoran daripada itu, Profesor St John mencadangkan untuk melakukan ujian bau bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas sebagai mengesan awal penyakit tersebut.

Sumber: NDTV

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.