Siakap Keli
Kemas Rumah Orang Secara Percuma
Gambar: Courtesy Auri Katar / SWNS via New York Post

Wanita Nekad Berhenti Kerja, “Travel” Serata Dunia Kemas Rumah Orang Secara Percuma

Wanita Nekad Berhenti Kerja, “Travel” Serata Dunia Kemas Rumah Orang Secara Percuma

Siapa sangka, dengan membersihkan rumah sahaja membolehkan seorang wanita ini menggembara ke seluruh dunia.

Auri Katariina, 29 tahun, dilaporkan telah menjelajah hampir seluruh dunia untuk membasuh dan mengemas di sekitar rumah orang secara percuma.

The New York Post melaporkan, kerjaya Katariina ini bermula apabila beliau membantu seorang ibu tunggal yang menguruskan rumahnya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Oleh sebab itu, Katariina mula jatuh cinta dengan membersihkan dan mengemas rumah.

Beliau bermula dengan memuat naik video mengenai petua dan tips untuk mengemas dalam aplikasi TikTok dan kini mempunyai seramai 7.8 juta pengikut.

Kini, tajaan dan pendapatan yang diperoleh daripada videonya di TikTok telah membantunya menampung kos perjalanan dan juga perbelanjaan seharian.

Oleh itu, Katariina tidak pernah mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan-pelanggannya, lapor New York Post.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Saya tidak takut dengan kotoran, kotoran itu yang takut kepada saya,” tulis Katariina dalam bio Twitternya.

Video-videonya mula tular di media sosial berpunca daripada minatnya untuk membantu orang dengan membersihkan rumah mereka.

Gambar: Courtesy Auri Katar / SWNS via New York Post

Pada awal kerjaya pembersihannya, beliau membantu seorang ibu tunggal dengan tiga orang anaknya untuk mengubah rumah mereka selepas suaminya meninggal dunia, lapor SWNS.

“Saya pergi pada hujung minggu dan membersihkan rumahnya selama dua hari.”

“Selepas selesai kerja pembersihan tersebut, dia menangis dan anak-anaknya memeluk serta berterima kasih kepada saya,” kata Katariina.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Sehubungan itu, Katariina berkata ia adalah pengalaman yang terbaik buat dirinya. Beliau dapat melihat perubahan dalam rumah tersebut dan menumpang gembira untuk mereka.

Sejak daripada itu, berbekalkan span Scrub Daddy dan sarung tangan getah berwarna merah jambu, wanita berasal dari Finland ini telah memuat naik videonya membersihkan dapur yang bersepah, menyental pancuran mandian dan sebagainya.

Gambar: Courtesy Auri Katar / SWNS via New York Post

Memetik laporan New York Post, beliau telah menunjukkan bil untuk bekalan pembersihan dan perbelanjaannya, dan kos yang dipaparkan adalah sebanyak $296 untuk setiap lawatan.

Pada musim panas lalu, Katariina mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan pada pembersihan rumah orang sepenuh masa.

Tambahan pula, dengan memuat naik video pembersihan rumah itu di TikTok, beliau telah mendapat dana daripada penaja produk pembersihan.

Beliau membersihkan rumah orang yang tidak dikenali dan mengambil masa selama dua hari untuk siap serta berkongsikan beberapa tips pembersihan kepada pengikutnya, lapor The New York Post.

Memetik laporan SWNS, Katariina mula mengemas dan membersihkan semua sampah di setiap permukaan dan juga lorong.

Seterusnya, menyental bahagian di atas dapur yang kotor dengan menggunakan ketuhar untuk mencairkan kotoran.

Gambar: Courtesy Auri Katar / SWNS via New York Post

Beliau mengesyorkan produk limesclae kerana ia merupakan produk terbaik untuk bilik mandi dan sabun pinggan mangkuk untuk membersihkan tandas.

Selain itu juga, Katariina berkata kepada SWNS bahawa kain mikrofiber dapat menghilangkan 99% habuk dan ianya tidak memerlukan sebarang produk lain.

“Dalam kerja pembersihan, saya banyak menggunakan beberapa barang yang sangat asas.

“Untuk produk, barang utama saya ialah cuka, sabun pinggan mangkuk, powder paste daripada Scrub Daddy dan pembersih ketuhar,” kata Katariina kepada SWNS.

Di samping itu, beliau menjelaskan bahawa tiada tugas yang terlalu sukar untuk ‘ratu pembersihan’ sepertinya.

Walau bagaimanapun, Katariina teringat akan tugas yang sangat menakutkan apabila dia menghabiskan selama empat hari untuk membersihkan rumah seorang wanita yang kemurungan pada enam tahun lepas.

“Orang yang saya tolong ini selalunya sedang menghadapi kesukaran dan mereka mahu mengubah sesuatu, jadi saya menghulurkan tangan dan membantu mereka,” jelas Katariina.

“Ramai orang menghantar mesej kepada saya dengan menunjukkan rumah mereka yang masih bersih selepas enam bulan atau setahun,” katanya kepada SWNS.

Sumber: New York Post

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.