“Yang Saya Dapat Ni Kecil,” Lelaki Dakwa Terdapat Arapaima Lebih Besar Hidup Di Tasik Puchong
Tular di media sosial berkenaan satu video pemancing yang berjaya memancing seekor ikan air tawar iaitu ikan arapaima di Tasik Prima Puchong.
Video yang dikongsi oleh saudara Aimran Syahmi menerusi akaun Facebook miliknya memaparkan usaha kerasnya untuk cuba menaikkan ikan besar itu ke atas darat.
Menurut Aimran, ikan arapaima itu dikatakan sudah berada di tasik berkenaan sejak dia kecil lagi kira-kira 10 tahun lalu.
Dia turut mendakwa bahawa terdapat Ikan arapaima yang lebih besar hidup di tasik tersebut.
“Ikan arapaima dekat tasik ni ada tiga atau empat ekor. Yang saya dapat ini saiz kecil saja sebab yang saiz besar jarang main datang tepi tasik.
“Kalau naik bot pergi ke tengah tasik, ikan yang besar itu akan datang main tepi bot saya. Kalau kita bagi dia makan ikan ni tak akan makan. Dia memang suka main-main dekat tepi bot,” kata Aimran.

Menurut beliau lagi, saiz ikan itu lebih besar daripada saiz badannya dan berat ikan itu mungkin lebih daripada 50 kilogram.
Kata beliau, ikan itu kemudiannya dilepaskan semula ke dalam tasik berkenaan. Beliau hanya sempat merakam video dan menangkap beberapa keping gambar untuk disimpan sebagai kenangan.
Rata-rata penonton yang menonton video itu berasa kagum dengan saiz ikan yang berjaya dipancingnya.





https://www.facebook.com/100001713486877/videos/pcb.5624657357601325/2369616663186575
Sumber: Aimran Syahmi/Facebook