“Semoga Kita Dapat Bersua,” Tomok Sahkan New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan
Kumpulan ‘Boy Band’ New Boyz yang popular sekitar tahun 90-an bakal mengadakan konsert mereka selepas 20 tahun berada dalam industri muzik tempatan.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan itu melalui akaun Twitter miliknya.
Menurutnya, konsert ‘New Boyz Sejarah Mungkin Berulang’ itu bakal diadakan pada 10 dan 11 Februari 2023.
“Besar harapan saya untuk konsert ini. Semoga kita dapat bersua nanti. Khabarkan pada kawan kawan ya,” tulis Tomok dalam ciapannya hari ini.
Konsert itu dilaporkan bakal diadakan di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Art Centre.
Bagi mereka yang berminat, tiket akan mula dijual pada hari Isnin ini bersamaan 7 November bermula pada jam 10 pagi.
bismillahirahmanirahim
besar harapan saya untuk konsert ini..semoga kita dapat bersua nanti..khabarkan pada kawan kawan ya
insyaallah ticket akan mula di jual pada hari isnin ini jam 10 pagi di https://t.co/9SEWTpW22w#newboyz #newboyzsejarahmungkinberulang #tomokianz pic.twitter.com/C9W9a7I268
— tomok (@TomokOfficial) November 4, 2022
Sumber: Tomok/Twitter