Siakap Keli
Gambar: Everyday Astronaut

Serpihan Roket China Bakal Terhempas Ke Bumi Sekali Lagi, Diramal Masuk Atmosfera Bumi Esok

Serpihan Roket China Bakal Terhempas Ke Bumi Sekali Lagi, Diramal Masuk Atmosfera Bumi Esok

Serpihan roket seberat 21 tan daripada penggalak roket Long March 5B milik China, diramalkan akan memasuki ruang udara bumi esok dan pakar masih tidak dapat meramalkan di mana ia akan terhempas.

Daily Mail melaporkan, roket Long March 5B yang sebesar bangunan 10 tingkat itu membawa modul ketiga dan terakhir ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong yang dilancarkan pada 31 Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, pakar meramal bahawa ia akan memasuki ke atmosfera bumi pada hari Sabtu.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Pentadbir NASA, Bill Nelson mengatakan bahawa situasi sama membabitkan serpihan roket Long March yang dilancarkan China sebelum ini telah jatuh ke bumi pada Julai lalu.

Menurutnya, China telah mengambil pendekatan untuk berkongsikan informasi trajektori secara terperinci berkenaan serpihan yang mampu memastikan keselamatan penduduk di bumi terjamin.

Dalam pada itu, Ketua Projek di Perbadanan Aeroangkasa bagi Kajian Serpihan di Orbit dan Kemasukan Semula (CORDS), Gregory Henning berkata masih terlalu banyak ketidakpastian dalam data dan model untuk membuat sebarang ramalan.

“Apabila serpihan roket itu menghampiri ruang udara, ia akan mendedahkan lokasinya,” jelas Henning.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Tetapi lokasi sebenar tidak akan diketahui sehingga ia benar-benar masuk,” jelasnya.

Modul bernama Mengtain itu dikatakan meletup ke angkasa pada petang Isnin dari Pusat Pelancaran Satelit Wechang, Hainan, lapor Daily Mail.

Mengtian atau Celestial Dream menyertai Wentian sebagai modul makmal kedua untuk stesen Tiangong atau Celestial Palace.

Susulan daripada itu, CORDS mengatakan bahawa serpihan berkenaan berkemungkinan akan jatuh di kawasan yang berpenghuni.

“Kemasukan serpihan itu ke atmosfera bumi tidak akan menyebabkan ia terbakar,” kata Perbadanan Aeroangkasa yang berpangkalan di El Segundo, California.

“Secara amnya, hampir 20 hingga 40 peratus daripada berat serpihan akan sampai ke darat, walaupun ia bergantung pada reka bentuk objek itu,” jelasnya.

Gambar: Aerospace Corporation via Space

Pada 24 Julai lalu, penggalak roket yang terbaru telah dilancarkan ke angkasa lepas dan ia telah mengelilingi orbit Bumi setiap 90 minit sebelum jatuh terhempas.

Namun begitu, mujur roket berkenaan terbakar di atmosfera tetapi 40% daripadanya diramalkan terselamat daripada terhempas.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Manakala beberapa serpihan lagi telah ditemui di sekitar Asia Selatan dan tiada penduduk yang terkesan.

Sementara itu, Nelson berkata setiap negara perlu mengikuti perkara yang ditetapkan dan berkongsi maklumat lebih awal untuk membuat ramalan yang boleh dipercayai mengenai risiko kesan serpihan.

“Hal ini penting untuk memastikan keselamatan penduduk dan penggunaan ruang udara di Bumi,” jelasnya.

Sebelum ini, serpihan roket seberat 18 tan telah terhempas di Maldives pada 8 Mei 2021, tetapi jatuh ke Lautan Hindi.

Sejak daripada itu, beberapa garis panduan dan peraturan telah berubah dan keupayaan untuk memastikan serpihan roket masuk ke ruang udara bumi adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh setiap pelayaran angkasa negara.

Memetik laporan Daily Mail, terdapat peraturan dan juga garis panduan yang dipersetujui oleh kebanyakan pelayaran angkasa setiap negara.

Norma yang ditetapkan oleh garis panduan ini sangat penting untuk mengekalkan penggunaan ruang udara yang selamat.

Namun, ia juga bergantung kepada setiap negara sama ada mengikut peraturan ini ataupun tidak.

Sumber: Daily Mail

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.